Kumpulan legenda Denmark, Michael Learns To Rock (MLTR) akan kembali ke Malaysia untuk siri jelajah Konsert MLTR Back On The Road Tour Live in Malaysia 2022 pada 22 Oktober 2022 (Sabtu) di Arena of Stars, Resorts World Genting, Pahang.

Kumpulan yang dianggotai oleh Jascha Richter, Mikkel Lentz dan Kåre Wanscher itu akan menghiburkan penonton dengan deretan lagu hit seperti Take Me To Your Heart, 25 Minutes, That’s Why You Go Away dan Paint My Love.

MLTR yang berasal dari Aarhus, Denmark mula aktif sejak 1988 dan telah menghasilkan sembilan buah album rakaman studio dan 19 album kompilasi.

Seiring dengan populariti lagu mereka, MLTR berjaya merangkul pelbagai anugerah emas, platinum dan multi-platinum.

MLTR berjaya mencatat jualan melebihi 11 juta album di peringkat global dan lebih daripada enam juta lagu-lagu kumpulan tersebut dimuat turun secara berbayar.

Malah muzik MLTR masih bertahan sehingga kini dan terus menjadi pilihan peminat untuk distrim dan ditonton menerusi platform digital di seluruh
dunia.

Sejak kemunculan mereka, MLTR sering memenangi pelbagai anugerah di banyak negara dan mereka telah mengadakan lebih daripada 600 konsert di pelbagai negara.

Sehingga kini anggota kumpulan tersebut masih teruja untuk menghiburkan peminat mereka di seluruh pelosok dunia.

Dapatkan tiket anda segera untuk menonton konsert MLTR Back On The Road Tour Live in Malaysia 2022 di www.rwgenting.com atau my.bookmyshow.com sekarang!

Tiket-tiket berharga RM638 (VIP), RM588 (PS1), RM388 (PS2), RM 238 (PS3) dan RM158 (PS4), semua harga tiket dikenakan yuran pemprosesan sebanyak RM4.



Pakej hotel turut ditawarkan kepada peminat yang ingin menonton konsert itu sambil bercuti di Resorts World Genting dengan harga RM1,358 (VIP), RM1,278 (PS1) dan RM1,008 (PS2).

Setiap pakej disertakan dengan dua keping tiket konsert, penginapan satu malam di Bilik Deluxe, Grand Ion Delemen Hotel dan baucar bernilai RM150 untuk makanan dan minuman.

Layari laman sesawang www.iondelemenhotels.com atau hubungi talian 03-64332299 untuk sebarang pertanyaan.

Maklumat lanjut di Facebooko MIC Entertainment Group www.facebook.com/MICEntertainmentGroup.