Pelakon Malaysia yang mencipta nama di persada antarabangsa, Tan Sri Michelle Yeoh bakal membintangi drama bersiri Star Trek: Discovery.

Berita itu disahkan sendiri oleh pengarah yang bakal mengarahkan drama berkenaan, Nicholas Meyer menerusi satu temubual bersama portal Coming Soon.net.

“Apa yang boleh saya katakan, nama Michelle Yeoh ada dalam drama tersebut,” ujarnya ringkas.

Bagaimanapun watak yang bakal digalas oleh aktres itu masih belum dipastikan dan berharap agar Michelle memegang watak utama sebagai leftenan komander wanita.

Terdahulu Michelle Yeoh terkenal dengan watak sebagai Yu Shu Lien menerusi filem Crouching Tiger, Hidden Dragon dan sekuelnya, Sword of Destiny.

Selain itu, Michelle juga terlibat dalam filem Memoirs of a Geisha, Reign of Assassins dan drama bersiri Marco Polo.

Star Trek: Discovery dijangka akan bersiaran pada May 2017 di CBS Television Network.

Olahan: Mya Amri

Sumber: Comingsoon.net