Laman Utama
Michelle Yeoh Bawa Trofi Balik Oscars Ke Ipoh!
Bagai sirih pulang ke gagang, kepulangan Tan Sri Michelle Yeoh ke kampung halamannya di Ipoh, Perak disambut penuh haru oleh ahli keluarganya.
Michelle, 60, yang diiktiraf sebagai Aktres Terbaik Oscar ke-65 tiba di Ipoh hari ini.
Lebih menambah momen haru apabila beliau terus menziarah ke kubur mendiang bapanya, Yeoh Kian Teik dan mempersembahkan trofi kemenangan yang diperoleh baru-baru ini.
Michelle yang melebarkan kariernya di Hollywood lebih tiga dekad diiktiraf sebagai Aktres Terbaik menerusi lakonan hebatnya dalam Everything Everywhere All At Once dalam Anugerah Oscar ke-65.
Advertisement
Mengikut jadual, Michelle akan bertemu dengan peminatnya di tanah air di Pavillion, Kuala Lumpur pada 18 April ini.
Ini akan menjadi pertemuan pertama antara bintang tersebut dengan peminatnya selepas beliau mendapat pengiktirafan tertinggi di Oscar.
Must-Watch Video