gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Ammar Ahyan Simpan Hajat Nak Jadi Ahli Politik, Terinspirasi Dengan Bapa Sendiri! - "Saya Nampak Betapa Susahnya ..."
HIBURAN
“Saya Tak Faham Orang Suka Tekankan Susu Badan Lebih Bagus Daripada Formula” - Nina Ismail Sabri
HIBURAN
“Kalau Suka, Okay Kahwin La…” - Hisyam Hamid Tak Gemar Buang Masa Dengan Bercinta Lama-Lama
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Miera Leyana Mohon Bekas Madu Berhenti Guna Namanya Untuk Raih Simpati - “Saya Pernah Menang Anugerah…”

Gempak
Gempak
26/07/2025
05:55 MYT
Sponsor Banner
Miera Leyana Mohon Bekas Madu Berhenti Guna Namanya Untuk Raih Simpati - “Saya Pernah Menang Anugerah…”
Pelakon Miera Leyana memohon bekas madunya iaitu Adibah Abdul Mutalib berhenti menyebarkan aib suaminya iaitu Rosland Othman.
Malah, pelakon berusia 31 tahun itu juga berharap Adibah berhenti menggunakan namanya untuk meraih simpati orang ramai.
"Sudah-sudahlah buka aib bekas suami. Tak perlu meraih simpati orang dengan guna nama saya,” kata Miera.
Miera berkata, kes mahkamah yang berlarutan membabitkan suami dengan Adibah itu turut menjejaskan nama baiknya dalam bidang seni tanah air.
Pelakon yang pernah dinobatkan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem, Anugerah Skrin pada 2013 menerusi filem Pecah itu berkata, reputasinya turut tercalar bila namanya turut dikaitkan dalam kes berkenaan.
"Saya pernah menang anugerah dalam industri seni tapi nama baik saya sekarang tercalar dengan isu peribadi sedemikian.
"Saya juga sudah mula secara perlahan-lahan menjadi 'influencer' (pempengaruh) dengan beberapa jenama antarabangsa tetapi dengan kes mahkamah membabitkan suami yang masih belum selesai itu membuatkan kerja saya turut terganggu.
"Kenyataan dia (Adibah) kepada pihak media juga boleh jejaskan nama baik saya dan keluarga. Berhentilah buka aib bekas suami dan 'move on' dengan kehidupan anda," katanya.
Pada masa sama, kata pelakon filem Apokalips X dan Lebuhraya Ke Neraka itu, keutamaannya sekarang pada suami dan dua anaknya yang semakin membesar.
"Kesihatan mental anak-anak saya lebih penting. Anak-anak saya nak membesar dan benda ini tak boleh padam dan apa yang dia (Adibah) cakap kepada pihak media berkaitan suami juga tidak boleh padam.
"Bila anak-anak sudah besar nanti mereka akan baca berita yang dilaporkan berkaitan bapa mereka dan saya mahu menjaga emosi anak-anak," kata ibu kepada dua cahaya mata ini.
Mengenai tuntutan nafkah anak, nafkah iddah dan muta'ah yang difailkan Adibah pula, kata Miera, dia boleh tuntut nafkah dan semua yang difikirkan layak tapi biarlah pihak mahkamah yang putuskan kelak.
"Kalau tak puas hati dengan kes perceraian, tuntutlah di mahkamah dan tak perlu keluarkan kenyataan yang buka aib bekas suami dan keluarga.
"Jangan guna nama saya untuk dapat publisiti sebab anda bukan artis pun. Bila anda buat kenyataan yang buka aib bekas suami kepada pihak media ia turut mengganggu emosi anak-anak anda sendiri," katanya.
Terdahulu, selepas berjaya mendapatkan hak penjagaan kekal tiga anak pada Februari lalu, Adibah memfailkan tuntutan nafkah anak, nafkah iddah dan muta'ah terhadap Rosland di Mahkamah Rendah Syariah Putrajaya selepas difailkan pada 25 Jun lalu.
Sumber - Harian Metro
Topic Berkaitan
#Miera Leyana
#Rosland Othman
#Bekas Madu
#Adibah Abdul Mutalib
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement