Mierul Aiman Akui Terkejut Didakwa Sedang Bercinta Dengan Cucu Orang Kenamaan - “Sebenarnya Saya.."
Umirah Halim
09/02/2024 09:00 MYT
09/02/2024 09:00 MYT
Pelakon Mierul Aiman terkejut apabila didakwa sedang menjalinkan hubungan dengan seseorang yang merupakan cucu orang kenamaan.
Mierul atau Muhammad Amirul Aiman Norazman, 26, berkata dia tidak pasti siapakah cucu kenamaan yang dimaksudkan itu.
“Saya tak pasti dan terkejut, hari ini baru saya tahu pasal benda ini. Tapi saya memang berkawan sahaja dengan semua orang tak kira lah pelakon atau apa.
“Mungkin saya berkawan dengan ramai orang dan salah seorang nya adalah cucu kenamaan.
“Saya tak pasti cucu kenamaan yang mana satu ke apa sebab saya tak pernah selidik dengan siapa saya berkawan,” katanya ketika ditemui Gempak.
Berita Trending: Dikecam Kerana Video Menari, Mierul Aiman Terima Dengan ...
Mengulas lebih lanjut tentang isu percintaannya, Mierul akui masih belum mempunyai teman istimewa di dalam hidupnya.
“Sebenarnya saya single, kadang-kadang bila dekat rumah saya rasa macam sunyi jugak, tapi takpelah saya ada mama,” tambahnya.
Projek Exit merupakan sebuah drama bersiri terbitan Astro Shaw di bawah jenama Astro Originals yang bakal ditayangkan September ini.
Antara barisan pelakon hebat yang lain termasuk, Shasha Aebdul, Naim Daniel, Nabila Huda, Kimberly Chuah dan ramai lagi.