Hiburan
Mierul Aiman Bakal Lebarkan Sayap Ke Kota Singa, Anggap 2025 Tahun Bertuah - "Saya Sudah Sedia..."
Pelakon Mierul Aiman menganggap 2025 merupakan tahun bertuah buat dirinya apabila bakal mengembangkan bakatnya ke Singapura pada Mac nanti.
Jelas Mierul, itu satu peluang keemasan dan bertekad akan menggunakan peluang yang diberi sebaik mungkin.
BERITA BERKAITAN: Mierul Aiman Tak Pernah Kena Buli Di Set, Akui Tidak Sukar Bergaul Dengan Senior - “Kita Kena Tahu Adaptasi…”
BERITA BERKAITAN: “Maaf Tanya Benda Ni Normal Ke?” - Selamba Letak Kaki Atas Kerusi, Mierul Aiman Mohon Penonton Jaga Adab Ketika Tengok Wayang
"Alhamdulillah saya akan menjalankan pengambaran di Singapura untuk beberapa bulan ini. Ini merupakan langkah baru dan baik buat saya untuk awal tahun ini.
"Saya akan melakonkan sebuah drama cuma belum boleh kongsi jalan cerita penuh. Nak tahu cerita sebenar kena tunggu.Sudah tentu saya rasa gembira kerana ini antara pencapaian terbaik saya sepanjang bergelar anak seni.Syukur sangat-sangat.
"Sudah tentu peluang ini saya tidak akan sia-siakan dan saya akan pastikan lakonan saya juga diterima penonton di sana," katanya kepada Gempak.
Kata pelakon berkenaan, rezeki yang diterima merupakan fasa baharu dalam karier lakonannya malah, dia juga telah bersedia untuk dikritik oleh penonton di Singapura.
"Saya memang tak menyangka akan menerima tawaran berlakon di sana (Singapura),tetapi saya anggap ini rezeki dan merupakan langkah baik untuk diri saya supaya dapat melebarkan lagi sayap di peringkat lebih jauh.
"Sudah tentu saya bersedia dan tak sabar nak tahu apa pula reaksi penonton sana mengenai lakonan saya.
"Apa yang pasti saya terbuka untuk itu semua pandangan demi kebaikan lakonan saya.Insya-Allah macam saya cakap saya akan gunakan rezeki yang ada ini sebaik dan semampu mungkin," ringkasnya.
Must-Watch Video