Pencarian Hero Remaja 2021 kini berakhir dengan menyaksikan Mierul Aiman diangkat sebagai Juara program tersebut.

Menerusi kemenangan itu, Mierul Aiman atau nama sebenarnya Muhammad Amirul Aiman Norazman berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 beserta selempang dan trofi.

Tempat kedua jatuh kepada Aqil Taqee manakala Fazziq Muqris hanya berpuas hati dengan menduduki tempat ketiga.

Pada masa sama, Aqil turut dinobatkan sebagai Hero Inspirasi manakala Syazani pula dinobatkan sebagai Hero Favourite.

Untuk malam kemuncak Hero Remaja 2021, para peserta akhir ditugaskan untuk berlakon secara langsung selain pengacaraan dan menjawab soalan yang diberikan oleh juri.

Kesemua finalis Hero Remaja edisi kesebelas diadili barisan juri yang terdiri daripada Datuk Rosyam Nor dan Scha Alyahya selaku juri tetap.

Pentas akhir Hero Remaja telah dihoskan oleh Shaza Bae dan Juara Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar.