Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Mikayla Delisha Hakim Nama Anak Norman Hakim, Ini Maksudnya ...

Amri Hassan
13/07/2018 05:47 MYT
Menerusi entri terbaru di Instagram, pelakon Norman Hakim telah mendedahkan nama yang diberi kepada bayinya yang baru dilahirkan semalam.

"Assalamualaikum, salam jumaat semua, insya-Allah nama bayi ini adalah Mikayla Delisha Hakim.

"Mikayla bermaksud pemberian Allah, Delisha pula membawa maksud gembira dan membuat orang lain gembira, sementara Hakim bermaksud arif dan bijaksana," tulisnya.

Assalamualaikum aiii calam Jumaat cemua...!!!Papa,mummy dah bagi tite nama tau!Name tite kan..name tite kan...ihim..ihim..dengan izin Allah tite...name tite kannn... MIKAYLA DELISHA HAKIM tauuu..!? . . Papa,mummy cakap maksud name tite tu mcm kat bawah tau...?? . . MIKAYLA; Pemberian Allah DELISHA; Gembira dan Membuat Orang lain Gembira HAKIM; Arif Bijaksana . . Ingat name tite tau dalam doa2 Atuk,nenek,acik,akak,abang cemua & follow ig tite yang mummy papa buat kan kat @mikayladelishahakim otey...tima kacihhh!Cayang cemuaaa!❤️

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

Isteri kepada pelakon itu, Memey Suhaiza telah selamat melahirkan bayi tersebut tengahari semalam selepas beberapa jam dimasukkan ke bilik bersalin.

Norman dan Memey telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan mempunyai dua orang anak lelaki, Muhammad Darwisz Hakim, 5, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 3.


Teks : Asraf Aided
Sumber : Instagram Norman Hakim
#Memey Suhaiza #Norman Hakim
;