Skip to main content

Berita Tempatan

Mikrofon Impian : "At Least Saya Keluar Dari Comfort Zone" - Aizudin

mi-w7befunky-collage.jpg
Peserta Mikrofon Impian, Aizudin menerima keputusan pihak juri yang tidak memilihnya untuk bergelar juara pada persembahan minggu ketujuh malam tadi.

Menurut Aizudin, dia menyertai pertandingan itu untuk membantu bapanya yang koma akibat kemalangan dan meringankan beban keluarganya.

"Saya masuk pertandingan ini untuk membantu keluarga saya, walaupun tidak bergelar juara, at least saya keluar dari comfort zone yang saya rasa saya tak boleh buat.

"Masalah saya dan Farhana (saingannya) lebih kurang sama, cuma yang membezakan mungkin dari segi bakat kami.

"Saya rasa Farhana memang layak untuk menang, she deserves it," katanya.

Namun begitu, episod ketujuh ini menyaksikan Farhana tidak mampu membawa pulang wang sebanyak yang diperlukan iatu RM 20,000 apabila gagal memilih mikrofon yang berfungsi pada pusingan kedua.

Walaubagaimanapun, Farhana diberikan wang berjumlah separuh dari nilai yang diperlukan untuk menyelesaikan hutang dan menampung kos perubatannya sebanyak RM 10,000.

Menerusi segmen Cerita Mikrofon Impian yang dibawakan khas oleh Chatime Malaysia, Farhana mengatakan dia bersyukur kerana masih diberikan wang kerana dia sendiri tidak mampu mendapatkan jumlah sebanyak itu.

"Saya rasa dengan nilai sebegitu pun saya dah cukup bersyukur, ia adalah satu jumlah yang banyak dan saya tak mampu untuk mendapatkannya.

"Walaupun saya menghidap penyakit gangguan anti-body, namun saya akan terus kuat, walaupun kita sakit, tapi kita harus cuba untuk bahagia.

"Jangka hayat kita terletak pada kuasa Allah, saya teringin untuk mencuba nasib dalam bidang nyanyian selepas ini," ujarnya.



Program Mikrofon Impian diterajui Datuk Aznil Nawawi atau lebih dikenali Pak Nil sebagai hos dan menampilkan tiga juri tetap iaitu Fauziah Latiff, Azmi Saat dan Pengarah Urusan Chatime Malaysia, Aliza Ali yang akan mengadili para peserta.

Dua peserta akan berentap dalam pusingan kalah mati untuk setiap episod dan mereka diminta menjelaskan situasi kewangan sebelum menyanyikan lagu pilihan masing-masing di hadapan juri.

Masyarakat yang prihatin boleh turut membantu dengan menyumbang secara ikhlas kepada peserta yang memerlukan sekiranya mereka gagal memenangi sebarang wang kemenangan menerusi platform MaybankHeart.

Mikrofon Impian dibawakan oleh Chatime Malaysia  bersiaran setiap hari Ahad, jam 9.00 malam menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Advertisement

Must-Watch Video