Peserta Mikrofon Impian, Nor Azizah Rusnan mengakui reda apabila tidak dipilih sebagai juara pada persembahan minggu ketiga.
Menurut Azizah, perkara itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus mencari rezeki dengan menjual bawang goreng kepada orang ramai.
"Juara atau tidak itu merupakan adat pertandingan dan ini mungkin bukan rezeki saya dan saya akan terus menjual bawang selepas ini.
"Alhamdulillah mana tahu selepas ini rezeki saya semakin bertambah dan mendapat banyak permintaan daripada orang ramai.
"Saya tak sangka bila pilih lagu tu Fauziah Latiff yang menjadi juri dan dia datang memeluk saya selepas selesai persembahan," katanya.
Episod ketiga program Mikrofon Impian menyaksikan Kamal sekadar memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 5,000 untuk menyelesaikan masalah hutangnya apabila gagal memilih mikrofon yang berfungsi.
Menerusi segmen Cerita Mikrofon Impian yang dibawakan oleh Chatime Malaysia, Kamal berkata dia bersyukur apabila dipilih sebagai juara dan akan terus memberi inspirasi kepada orang ramai.
"Saya rasa saya akan masih teruskan dengan cara yang sama tapi memperbaiki kekurang yang ada untuk terus berjaya.
"Saya juga akan terus berbakti kepada kedua ibu bapa dan mengejar impian untuk bergelar seniman," katanya.
Program Mikrofon Impian diterajui Datuk Aznil Nawawi atau lebih dikenali Pak Nil sebagai hos dan menampilkan tiga juri tetap iaitu Fauziah Latiff, Azmi Saat dan Pengarah Urusan Chatime Malaysia, Aliza Ali yang akan mengadili para peserta.
Dua peserta akan berentap dalam pusingan kalah mati untuk setiap episod dan mereka diminta menjelaskan situasi kewangan sebelum menyanyikan lagu pilihan masing-masing di hadapan juri.
Masyarakat yang prihatin boleh turut membantu dengan menyumbang secara ikhlas kepada peserta yang memerlukan sekiranya mereka gagal memenangi sebarang wang kemenangan menerusi platform MaybankHeart.
Mikrofon Impian dibawakan oleh Chatime Malaysia bersiaran setiap hari Ahad, jam 9.00 malam menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123).