Mikrofon Impian : "Saya Mahu Bayar Gaji Pekerja Yang Tertangguh" - Yasser Berjaya Bawa Pulang RM15,000
Asraf Aided
20/05/2019 08:23 MYT
20/05/2019 08:23 MYT
Peserta Mikrofon Impian, Mohammad Yasser berjaya membawa pulang jumlah wang yang diperlukan iaitu sebanyak RM15,000 dalam episod 13 malam tadi.
Yasser memerlukan dana untuk membayar gaji pekerjanya yang tertangguh dan pada masa yang sama menjaga adiknya yang menghidap masalah jantung.
Menerusi segmen Cerita Mikrofon Impian, Yasser meluahkan rasa syukur dan gembira kerana berjaya dalam kedua-dua pusingan malam tadi.
"Perkara pertama yang saya akan lakukan adalah membayar gaji pekerja saya yang tertangguh selama ini.
"Selepas itu, saya akan berusaha lagi untuk mendapatkan wang untuk menampung kos perubatan jantung adik saya," katanya.
Sementara itu, pesaing Yasser, Tarmizi akur dengan kegagalannya yang gagal membawa pulang wang sebanyak yang diperlukan iaitu RM20,000.
Tarmizi bekerja sebagai seorang DJ kampung dengan pendapatan RM800 sebulan dan terpaksa bergadai barang untuk meneruskan kehidupan.
Pada masa yang sama, Tarmizi juga harus menanggung adik ipar OKU dan isterinya yang menghidap penyakit misteri.
"Saya sendiri pun tak tahu nak cakap apa dengan nasib saya, semuanya sudah tertulis dan saya harus menerima dengan hati yang terbuka.
"Selepas ini saya harus berusaha lagi mendapatkan wang untuk menjalani kehidupan serta membayar hutang," ujarnya.
Program Mikrofon Impian diterajui Datuk Aznil Nawawi atau lebih dikenali Pak Nil sebagai hos dan menampilkan tiga juri tetap iaitu Fauziah Latiff, Azmi Saat dan Pengarah Urusan Chatime Malaysia, Aliza Ali yang akan mengadili para peserta.
Dua peserta akan berentap dalam pusingan kalah mati untuk setiap episod dan mereka diminta menjelaskan situasi kewangan sebelum menyanyikan lagu pilihan masing-masing di hadapan juri.
Masyarakat yang prihatin boleh turut membantu dengan menyumbang secara ikhlas kepada peserta yang memerlukan sekiranya mereka gagal memenangi sebarang wang kemenangan menerusi platform MaybankHeart.
Mikrofon Impian dibawakan oleh Chatime Malaysia bersiaran setiap hari Ahad, jam 9.00 malam menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123).