Mikrofon Impian : "Saya Tidak Rasa Terbeban Lagi" - Hasif Sharuddin Bawa Pulang RM10,000
Asraf Aided
29/04/2019 06:17 MYT
29/04/2019 06:17 MYT
Peserta Mikrofon Impian, Hasif Sharuddin berjaya membawa pulang RM10,000 apabila berjaya di dua pusingan dalam episod kesepuluh.
Hasif pernah dihalau ayah kandung dan terpaksa berhenti sekolah di usia mudanya, kini ibunya pula terlantar sakit akibat penyakit kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang.
Menerusi segmen Cerita Mikrofon Impian, Hasif meluahkan rasa syukur dan gembiranya kerana berjaya membawa pulang wang sebanyak yang diperlukan untuk membayar hutang rakan-rakannya yang membantu proses rawatan ibunya selama ini.
"Saya tak sangka saya boleh menang, Alhamdulillah saya sangat gembira.
"Selepas ini saya tak rasa terbeban lagi untuk membayar hutang kerana program Mikrofon Impian ini telah membantu saya, saya sangat bersyukur," katanya.
Sementara itu, pesaing Hasif, Nur Hazieyah yang tidak berjaya malam tadi menerima keputusan juri dan tidak akan berputus asa.
"Semua ini hanya permulaan, mungkin rezeki saya belum ada di sini, kita tidak tahu apa yang berlaku di masa akan datang.
"Bagi saya, keyakinan diri sangat penting, kekuatan dalam diri saya ini adalah sebab untuk saya terus menyanyi selepas ini," ujarnya.
Program Mikrofon Impian diterajui Datuk Aznil Nawawi atau mesra disapa Pak Nil sebagai hos dan menampilkan tiga juri tetap iaitu Fauziah Latiff, Azmi Saat dan Pengarah Urusan Chatime Malaysia, Aliza Ali yang akan mengadili para peserta.
Dua peserta akan berentap dalam pusingan kalah mati untuk setiap episod dan mereka diminta menjelaskan situasi kewangan sebelum menyanyikan lagu pilihan masing-masing di hadapan juri.
Masyarakat yang prihatin boleh turut membantu dengan menyumbang secara ikhlas kepada peserta yang memerlukan sekiranya mereka gagal memenangi sebarang wang kemenangan menerusi platform MaybankHeart.
Mikrofon Impian dibawakan oleh Chatime Malaysia bersiaran setiap hari Ahad, jam 9.00 malam menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123).