Hiburan

Mila Jirin Bergelar Isteri, Wang Hantaran RM23,128.70 Sempena Tarikh Lahir

gempak
Ahmad Shah
11/11/2015
16:00 MYT
Sponsor Banner
Mila Jirin Bergelar Isteri, Wang Hantaran RM23,128.70 Sempena Tarikh Lahir
Dengan sekali lafaz bekas juara Akademi Fantasia musim kelima (AF 5), Mila Jirin telah selamat bergelar isteri kepada pengurusnya Ahmad Ailis Mohamed Mustapha atau dikenali sebagai Isz.
Mila atau nama sebenarnya Noorsyarmilla Jirin, 28, dan Ahmad Ailis, 36, selamat diijabkabulkan kira-kira pukul 6.20 petang di Hotel E-City, One City di sini pada Rabu.
Pasangan tersebut dinikahkan oleh imam dan Penolong Pendaftar Pernikahan, Masjid Jamek Batu 12 Puchong, Ustaz Mohamed Zainal Khamis.
Mila Jirin telah menerima hantaran wang tunai bernilai RM23,128.70 yang diinspirasi dari tarikh kelahiran penyanyi itu sendiri.
Ahmad Ailis turut menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai RM1,001 beserta lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pihak perempuan.
Mila dan Ahmad Ailis ketika ditemui melahirkan rasa syukur apabila mereka selamat disatukan.
"Selepas sekian lama kami menyulam cinta dengan pelbagai dugaan akhirnya kami selamat bersatu sebagai suami-isteri.
"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan hari ini merupakan hari paling bahagia," kata Mila.
Memilih konsep bunga warna lembut atau pastel floral bagi majlis akad nikah, pasangan tersebut menggunakan khidmat syarikat mereka sendiri iaitu Bizmilla Catering bagi dekorasi pelamin, dewan serta hidang makanan buat tetamu.
Majlis resepsi kedua-dua mempelai akan diadakan pada 20 Disember depan di Hotel Tabung Haji, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Dalam pada itu sebuah majlis makan malam bagi meraikan teman media dan rakan niaga pula akan diadakan pada 23 Januari 2016 di Hotel ECity, One City.
Olahan Semula: Hafiza Kamarudin
Sumber: mStar Online, BH Online
Foto: Bizmilla Studio
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live