Hiburan

Miliki 16 Juta Pengikut, Shah Rukh Khan Kalahkan PM India

gempak
Ahmad Shah
09/11/2015
03:55 MYT
Sponsor Banner
Miliki 16 Juta Pengikut, Shah Rukh Khan Kalahkan PM India

Angka 50 mungkin membawa tuah buat aktor Shah Rukh Khan selepas laman Twitter miliknya kini mencapai angka 16 juta orang pengikut.

Hanya selepas beberapa hari menyambut ulang tahunnya pada 2 November yang lalu, akaun @iamsrk kini menerima ramai pengikut setiap hari dan secara rasmi diumumkan menerima pengikut kedua paling ramai di India.

Malah lebih memeranjatkan aktor kelahiran New Delhi ini berjaya menewaskan Perdana Menteri India, Naredra Modi yang hanya memiliki 15.8 juta pengikut.

Walau bagaimanapun, Shah Rukh Khan masih tidak mampu menewaskan legenda Bollywood iaitu Amitabh Bachchan yang memiliki hampir 17.8 juta pengikut dari seluruh dunia.

Amitabah Bachchan dan Shahrukh Khan masing-masing merupakan selebriti paling aktif di media sosial terutamanya di laman Twitter dan Facebook.

Meskipun memiliki jutaan pengikut, Shah Rukh Khan jarang sekalu mengabaikan para peminatnya dan sering berinteraksi sekiranya mempunyai masa lapang.

Shah Rukh Khan membuka akaun Twitter nya pada 3 Januari 2010 dan merupakan antara selebriti di India yang gemar berkongsi gambar keluarga, kenangan filem-filem yang dibintanginya juga petikan sajak-sajak popular.

Sebelum ini Shah Rukh Khan berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila foto selfie dengan penyanyi Zayn Malik di Twitter mendapat Retweet dan Favorite paling banyak di India.

Olahan Semula: Khalid Rahman

Sumber: One India, IB Times

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024