HIBURAN
Miliki Aura Memukau & Ekspresif, Aedy Ashraf Diumum Sebagai Duta Jenama Warrior
Sempena musim Raya ini, Warrior Carbonated PLUS membawa kelainan mengujakan dengan mengalu-alukan pelakon, Aedy Ashraf sebagai duta jenama rasminya.
Ada sebab Aedy dipilih

Dengan keyakinan bersahaja, gaya peribadi yang unik, dan aura memukau, Aedy menjiwai semangat Warrior yang muda, ekspresif serta penuh bergaya.
Menurut Ketua Pemasaran TCP Red Bull Malaysia, Adelene Tay, kerjasama ini terjalin pada waktu yang tepat.
“Sebagai jenama yang memberi tenaga kepada setiap detik, Warrior menjadikan setiap pertemuan lebih menyeronokkan, terutamanya sepanjang musim Ramadan dan Raya.
“Daripada sahur bersama keluarga sehingga majlis rumah terbuka yang meriah, Warrior menambah keseronokan kepada setiap pertemuan.
“Aedy dengan perwatakannya yang mesra serta mempunyai kemampuan berhubung dengan generasi hari ini adalah wakil paling sempurna bagi kempen ini, dan kami sangat teruja untuk bekerjasama dengannya,” ujarnya.
Warrior Carbonated PLUS tersedia dalam perisa Swush Strawberry dan Go Go Grape.
Bagi menyemarakkan lagi suasana perayaan, Warrior turut menganjurkan peraduan ‘Beraya Bersama Warrior & Aedy Ashraf’ di seluruh negara.
Peraduan ini memberi peluang kepada para peminat untuk memenangi pengalaman eksklusif beramah mesra dengan Aedy Ashraf.
Promosi ini berlangsung di mana-mana cawangan Mydin seluruh Malaysia.
Untuk maklumat lanjut tentang peraduan ‘Beraya Bersama Warrior & Aedy Ashraf’, layari laman sosial Warrior Carbonated PLUS di Facebook, Instagram, dan TikTok.