Hiburan
Miliki Ganja Ketika Umrah: Pelawak Popular Dipenjara 6 Bulan Di Jeddah
Pelawak popular yang ditahan di Jeddah, Arab Saudi, Oktober lalu, atas kesalahan dadah, kini sedang menjalani hukuman penjara selama enam bulan.
Mungkin akan dibebaskan awal jika berkelakuan baik
Menurut sumber, hukuman berkenaan dijatuhkan semasa tempoh perbicaraannya pada November lalu.Sebelum ini, media melaporkan Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Jeddah, Arab Saudi."Pada masa ini dia sedang menjalani hukuman penjara yang dikenakan di atasnya sebelum dibebaskan. "Dia berkemungkinan akan dibebaskan lebih awal dari tempoh yang ditetapkan sekiranya berkelakuan baik. Berdasarkan hukuman penjaranya dia dijangka akan selesai pada April ini," katanya seperti dilapor Sinar Harian
Sejak penahanannya, pihak Kedutaan Besar Malaysia dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah memberikan bantuan konsular kepada warga Malaysia terbabit.
ARTIKEL BERKAITAN:Isteri Along Cham Menunggu Panggilan Dari Penjara Untuk Waktu Melawat - “Saya Hormat Keputusan Pihak Berkuasa Kerana…”
ARTIKEL BERKAITAN:Siasatan Kes Along Cham Telus, Ikut Peruntukan Undang-Undang - Polis
ARTIKEL BERKAITAN:Rayuan Along Cham Ditolak, Mengaku Tidak Bersalah Miliki Dadah Jenis Kanabis
Pelawak itu dipercayai ditahan di Lapangan Terbang Jeddah oleh pihak berkuasa Arab Saudi.Difahamkan, pelawak berkenaan menunaikan umrah bersama rakan-rakannya, namun ditahan selepas disyaki membawa bahan terlarang.
Sumber: SINAR HARIAN
Must-Watch Video