Miliki rumah yang selesa adalah impian setiap orang terutamanya golongan muda kerana pada usia ini pastinya mereka bersemangat untuk memperoleh sesuatu serta optimis terhadap cita-cita serta impian termasuklah memiliki rumah sebagai aset.

Namun, tidak semuanya berpeluang untuk memiliki rumah pertama pada usia yang muda. Hal ini adalah disebabkan oleh beberapa masalah kritikal yang perlu mereka hadapi bagi melayakkan mereka membeli rumah pertama.

Kami sedia menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi oleh generasi milenial pada masa kini untuk membeli rumah antaranya yang selalu menjadi kerisauan ramai adalah:

1) Wang bayaran pendahuluan Yang tinggi
Wang pendahuluan yang tinggi menyebabkan ada kalanya membuatkan kita perlu berjimat sehingga beberapa tahun dan mengurangkan perbelanjaan harian serta tidak dapat menikmati gaya hidup yang dinikmati oleh sahabat lain.

2) Kesukaran mendapat kelulusan pinjaman
Pada yang memiliki pendapatan yang rendah menghadapi kesukaran untuk mendapatkan kelulusan pinjaman dan ada kalanya anda memerlukan anggota keluarga sebagai penjamin yang membuatkan perkara ini menjadi rumit.

3) Menyesal selepas membeli rumah pertama
Ada juga yang menyesal apabila membeli rumah pertama kerana lokasi yang menyusahkan, saiz rumah dan beberapa faktor lain selepas berpindah. Ini kerana disebabkan anda tidak ada pengalaman untuk memilih rumah yang sesuai.

4) Cemburu melihat rakan membeli rumah baru
Pastinya perasaan iri hati akan wujud apabila anda menziarahi rakan yang berpindah ke rumah baru. Namun jangan risau kerana perasaan itu akan hilang apabila anda membeli rumah dengan EcoWorld #Stay2Own* daripada EcoWorld. Pastinya impian untuk memeliki rumah idaman tanpa bayaran pendahuluan yang tinggi bakal menjadi kenyataan



#Stay2Own* daripada EcoWorld merupakan kaedah dimana ia berkonsep sewa-milik iaitu penyewa rumah boleh menyewa rumah idaman mereka selama 5 tahun sebelum membuat keputusan untuk membeli tersebut.

Berikut merupakan 5 sebab kenapa anda harus tidak melepaskan peluang untuk memilih kaedah #Stay2Own*:

1)Kos deposit permulaan yang rendah: Deposit sewa 3 bulan (dikembalikan)


2)Sewa bulanan murah: Mengikut harga sewa pasaran


3)Tinggal dulu, bayar kemudian: Tinggal di rumah idaman sehingga 5 tahun sebelum buat keputusan untuk membeli.

4)Ada simpanan melalui sewaan: Sekurang-kurangnya 30 peratus sewaan yang korang bayar boleh ditukar kepada simpanan bila korang buat pilihan untuk membeli dalam 5 tahun

5)Kunci harga rumah daripada price fluctuation: Pembeli boleh mengunci harga kediaman yang ingin dibeli dalam tempoh 1 hingga 5 tahun.



Jadi untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen #Stay2own* ini, anda boleh layari laman web https://ecoworld.my/hope/.



*Tertakluk kepada terma dan syarat