Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#MilkTeaHair - Obses Pada Milk Tea Buat Ramai Gadis Tukar Warna Rambut!

Azwa Rahman
11/07/2019 09:58 MYT
Tahap suka terhadap milk tea nampaknya semakin menggila apabila ia kini mula mempengaruhi warna rambut.

Tular di media sosial apabila ramai gadis Asia terutamanya dari negara jiran Singapura dan Jepun mewarnakan rambut mereka dengan warna milk tea.

Meneliti ruangan Instagram, tanda pagar #milkteahair mula menular selepas ramai gadis membuat permintaan untuk menukar warna rambut mereka kepada warna air kegemaran ramai ini.



Antara beberapa warna yang menjadi pilihan adalah coklat cair, coklat gelap malah boleh diminta untuk melakukan teknik ombre iaitu gelap di bahagian atas rambut dan semakin pudar apabila tiba di bahagian tengah.

Lebih membuatkan ramai gadis jatuh cinta adalah warna terbabit sesuai untuk semua jenis warna kulit dan pelbagai jenis potongan rambut.

Untuk tambah menonjol, rambut berwarna milk tea ini perlu selalu diletakkan pelembab untuk mengekalkan kesan bersinar apabila berada di bawah pancaran matahari.

Warna ini juga dikatakan sesuai untuk digayakan seiring dengan musim panas di Jepun.

Kepada peminat milk tea, adakah anda sanggup menukar warna rambut kepada warna minuman ini?
#Fesyen #Minuman #Milk Tea
;