Hiburan

Miller Khan Nafi Adik Kritikal Akibat Covid-19 – “Berita Yang Keluar Tu Lambat”

gempak
Amri Hassan
09/01/2021
02:50 MYT
Sponsor Banner
Miller Khan Nafi Adik Kritikal Akibat Covid-19 – “Berita Yang Keluar Tu Lambat”
Pelakon Malaysia yang mencipta nama di Indonesia, Miller Khan menafikan adiknya yang juga pelakon di sana, Aliff Alli, 29, berada dalam keadaan kritikal akibat dijangkiti Covid-19 sejak Disember, tahun lalu.
BACA: Isa Khan Sahkan Abang Positif Covid-19 Di Indonesia, Tapi Kini Sedang Berehat
Kata Miller, adiknya sudah disahkan negatif wabak itu dan dibenar keluar hospital sejak kelmarin.
"Dia sudah okay dan bebas dari Covid-19. Sekarang dia ada di rumah. Berita yang keluar itu lambat sebab saya memang simpan daripada pengetahuan media. Apa pun, dia stabil dan negatif.
"Dia dibenarkan keluar sejak 6 Januari lalu. Dia juga dalam proses pemulihan di rumah," katanya kepada Harian Metro.
Ditanya bagaimanakah adiknya boleh dijangkiti, Miller tidak mengetahuinya.
Terdahulu, media di sana melaporkan Aliff menjalani rawatan intensif di Rumah Sakit Wisma Atlet, hampir tiga minggu lalu dan keadaan kesihatannya dikatakan semakin kritikal.
Peguamnya, Asgar Sjarfi dalam satu kenyataan berkata, keadaan anak guamnya itu tidak menunjukkan perubahan sejak dirawat Disember lalu.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024