Hiburan
Mimi Fly Beruntung Kenal Jojo One Nation Emcees, Dedah Mesej Terakhir Dengan Allahyarham - “Sikit Pun Tak Pernah Berkasar”
Penyanyi Mimi Fly bersedih dengan pemergian rakan seperjuangannya iaitu Jojo One Nation Emcees pada Ahad.
Bertuah Kenal Allahyarham
Mimi yang juga bekas anggota kumpulan One Nation Emcess itu menyifatkan dirinya sangat beruntung mengenali Jojo atau nama sebenarnya, Nur Hasab Balas, 50.
“Terima kasih Jo.
“Mimi rasa bertuah sebab dapat mengenali Jojo. Kalau tak kerana Jojo, mungkin Mimi tak kenal apa erti cinta dan persahabatan.
“Mimi akan ingat sampai bila-bila Jo,” tulisnya di Instagram.
Dalam entri tersebut, Mimi turut berkongsi foto-foto kenangan dia bersama Allahyarham.
Tak Pernah Berkasar
Malah Mimi turut berkongsi keperibadian Jojo yang sangat disegani dan senang bekerjasama.
“Forever my person. Thank you for your love. You love everyone, sikit pun tak pernah berkasar dengan orang.
“Kami yang rapat dengan Jojo banyak belajar apa itu cinta,” coretnya lagi.
Di hantaran insta stories pula, Mimi berkongsi tangkap layar perbualan mesej dia bersama Jojo minggu lalu.
Jojo Suka Dengan Lagu Angkat
Mesej tersebut mendedahkan Jojo memaklumkan pada Mimi bahawa dia sangat suka dengan lagu baharu Mimi iaitu, Angkat.
“Lagu Angkat tu berhantu la. Dari semalam sampai sekarang teringat-ingat. Sangat-sangat suka,” tulis Jojo dalam perbualan tersebut.
Difahamkan, Jojo semasa hayatnya pernah diserang angin ahmar.
Terdahulu, Allahyarham Jojo rebah pada majlis perjumpaan kumpulan tabligh di Masjid Sri Petaling, Selangor pada Ahad.
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Jalil, kira-kira jam 6:45 petang Ahad.
Allahyarham meninggalkan balu, Siti Rohayu, 37 dan anak perempuan, Mariam, 7 tahun.
ARTIKEL BERKAITAN: Jojo One Nation Emcees Meninggal Dunia, Rebah Di Masjid
Must-Watch Video