Laman Utama
Mimi Fly Tak Menyanyi Sembarangan! Umur Jadi Faktor Untuk...
Penyanyi berbakat, Mimi Fly, 35, memilih untuk menyanyikan lebih lagu bergenre Pop R&B selepas ini.
Menurut Mimi, genre sebegitu dirasakan sesuai dengan peringkat umurnya sekarang.
"Baru-baru ini saya ada lancarkan salah satu single berjudul Diam, ia merupakan salah satu lagu daripada album yang saya akan keluarkan nanti.
"Saya mahu menyanyi lebih lagu-lagu bergenre Pop R&B sekarang atas beberapa sebab.
"Antaranya faktor umur saya sekarang selepas beberapa tahun berkecimpung dalam industri, jadi saya rasa sekarang adalah masa yang sesuai," katanya kepada Gempak.
Tambah Mimi, album yang akan dilancarka itu boleh didapati oleh peminat dalam tahun ini.
"Insya-Allah, saya rancang untuk melancarkan album itu dalam tahun ini juga.
"Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar, insya-Allah," katanya menutup bicara.
Must-Watch Video