Hiburan
Mimi Lana Cabar Diri Bintangi Pusaka
Pelakon yang sedang meningkat naik, Mimi Lana mencabar diri untuk membintangi filem Pusaka.
Membawakan watak kembar tak seiras, Mimi bergandingan dengan kekasihnya, aktor Syafiq Kyle dalam filem ini.
"Saya mencabar diri mengambil peluang ini kerana ia merupakan satu tawaran yang tidak harus saya lepaskan. Pusaka bukan sahaja berkisar mengenai cerita seram, ia lebih dari itu. Ia juga menggabungkan elemen penyiasatan.
"Saya rasakan rugi jika tidak mengambil tawaran ini. Penggambaran filem ini berlangsung dengan baik dan berjalan lancar serta semua orang bekerja bagaikan keluarga," kata Mimi kepada Gempak.
Tambah Mimi lagi, dia berharap agar filem Pusaka mendapat sambutan yang positif dari penonton.
"Saya sendiri tak sabar menantikan tarikh tayangan filem ini. Saya berharap agar ia mendapat sambutan yang baik serta positif dari penonton.
"Saya teruja menunggu respon penonton dan berharap mereka dapat 'enjoy' naskah yang kami sajikan," katanya lagi.
Filem Pusaka merupakan karya terbaru terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Director's Think Thank dan dipersembahkan oleh produksi Alpha 47.
Mendapat sentuhan pengarah berbakat, Razaisyam Rashid, filem ini membariskan bintang-bintang hebat.
Filem ini menampilkan pelakon hebat seperti seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Sweet Qismina, Hafidz Roshdi, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan filem Pusaka di pawagam bermula 31 Oktober ini!
Untuk lebih informasi mengenai filem Pusaka, layari laman Facebook, YouTube, Twitter dan Instagram Astro Shaw.
Must-Watch Video