ASTRO GEMPAK ARTICLE
Mimi Lana Mohon Doa & Tips Untuk Dapat Baby Twins… Netizen Syak Sedang Hamil - “Comelnya Wish Dia Ni”
Pelakon Mimi Lana memohon orang ramai agar mendoakan dirinya dikurniakan zuriat kembar hasil perkahwinan bersama aktor kacak, Syafiq Kyle.
Perkara itu dikongsikan bintang berusia 28 tahun itu menerusi satu ciapan yang tular di platform Thread.

“Boleh tak nak minta semua orang doakan saya dapat baby twins. Orang cakap kalau ramai-ramai doakan senang termakbul,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menitipkan doa agar impian Mimi Lana menjadi kenyataan.
“Aamiin, aamiin… In Shaa Allah. Standby nama anak siap-siap tau @missmimilana. Jangan suggest nama dari fans/netizen, yang bukan-bukan nanti dorang bagi.
“Alaa comelnya wish dia ni. Amiin YRA, moga dapat baby twin soon!
“Amin ya rabbal alamin, twin satu girl, satu boy. Satu mini Mimi Lana, satu mini Syafiq Kyle.
“Amin ya rabbal alamin. Seorang muka macam Mimi, seorang muka macam Syafiq. Ngam,” komen beberapa netizen.
Sekadar info, Mimi Lana dan Syafiq Kyle selamat bernikah pada Februari lalu dalam sebuah majlis tertutup.
Sebelum itu, pasangan tersebut sepatutnya melangsungkan pernikahan pada 18 Ogos 2023, namun ia dibatalkan.
Walaupun tidak memperincikan punca pembatalan, Mimi dan Syafiq mengakui mereka kekal berkawan baik dan terbuka bekerjasama dalam projek drama mahupun filem.