Pelakon Mimi Lana menepis dakwaan segelintir netizen yang mempertikaikan industri drama hanya melambakkan naskah berkisarkan cinta.

Menurut Mimi, 25, contoh drama yang dinyatakan oleh pengguna bernama @mr.epul itu menggunakan bajet dan kos pengeluaran yang tinggi.

"Banyak ja filem dekat Malaysia yang tak berkisahkan cerita cinta dan bagus-bagus. Pergi cari.

"Drama-drama yang awak debut dekat atas tu, production value dia tinggi dah macam filem.

"Bajetnya pun tak sesuai untuk ditayangkan di televisyen. Malaysia buat filem best pun ramai juga yang tengok cetak rompak. Hmm ukur baju di badan sendiri," tulisnya di ruangan komen.



Sebelum ini, salah seorang pengikut Instagram (IG) Lana mendakwa industri Malaysia tidak mempunyai drama yang berkualiti.

"Kenapa di Malaysia takda drama yang berkualiti seperti drama komedi, jenayah atau macam drama Breaking Bad, Peaky Blinder, Umbrella Accademy, The Heists, Narcos.

"Asyik drama cinta berebut jantan, berebut betina, keluarga sana mak tak okey, keluarga sini ayah tak okey. Kenapa ha?" tulisnya.



Dalam perkembangan terkini, Mimi sedang aktif mempromosikan filem Saka Nan Sepi.

Selain Mimi, Saka Nan Sepi turut dibintangi pelakon hebat yang lain antaranya Syafiq Kyle, Namron, Sherry Alhadad, Ayie Hushairi Husain dan Han Zalini.

Jadi, jangan lupa saksikan bermula 10 Disember di Astro First, saluran 480 selain pilihan yang lebih fleksibel menerusi strim di Astro GO atau On Demand.

Setiap langganan RM15, penonton berpeluang menonton naskah tersebut berulang kali dalam tempoh 48 jam.