HIBURAN
Mimi Lana Tak Ada Masalah Tayang Kemesraan Bersama Syafiq Kyle – “Tak Ada Nak Sorok-Sorok”
Aktres jelita, Mimi Lana tidak mempunyai masalah untuk berkongsi momen kemesraan bersama suami yang juga aktor popular, Syafiq Kyle di media sosial.
Menurut Mimi atau nama sebenarnya, Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 29, dia dan Syafiq selesa berkongsi perkara tersebut namun tetap menjaga batasan agar tidak keterlaluan.
“Saya rasa saya kongsi saja, di Instagram (IG) saya ada post saja.
“Kami tak ada lah nak sorok-sorok, semua orang sudah tahu yang kami dah kahwin.
“Tiada masalah pun untuk kongsi, ada yang perlu disimpan dan ada yang boleh dikongsi,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, pelakon drama First Wives itu meluahkan rasa senang apabila mendapat sokongan daripada Syafiq soal kariernya.
“Saya sangat bersyukur, dia sangat menyokong kerja saya. Dia sangat memahami waktu kerja saya, begitu juga saya.
“Setakat ini tiada halangan untuk saya bekerja, sekarang dalam fasa ‘free and easy’. Tiada komitmen anak lagi.
“Kami cuba lakukan dengan terbaik,” ujarnya lagi.
Berkongsi mengenai fasa awal sebagai isteri, Mimi mendedahkan dia juga sering ke dapur biarpun mempunyai jadual padat.
“Tidaklah saya masak setiap hari, sibuk juga. Ada hari kami makan di kedai juga.
“Kadang-kala saya masak untuk dia memandangkan saya suka masak dia juga suka makan.
“Semenjak lepas kahwin ini ramai tegur dia sedikit ‘puffy’,” tutupnya.
Terdahulu, Mimi Lana sah bergelar isteri kepada pelakon popular Syafiq Kyle pada 14 Februari lalu dalam satu majlis tertutup di Taiping, Perak.