Laman Utama

Mimpi Ditampar Lembaga Hitam Besar, Mas Khan Kerap Alami Gangguan Mistik; “Saya Tengok Leher Ada Darah Yang…”

gempak
Asyikin Mayudin
28/09/2022
23:55 MYT
Sponsor Banner
Mimpi Ditampar Lembaga Hitam Besar, Mas Khan Kerap Alami Gangguan Mistik; “Saya Tengok Leher Ada Darah Yang…”
Jatuh dari bangunan yang dipenuhi ayat-ayat al-Quran dan ditampar lembaga hitam berbadan besar antara mimpi aneh yang dialami pelakon Mas Khan.
Berkongsi lebih lanjut kisah misteri yang terjadi pada dirinya, Mas mendedahkan dia kerap mengalami gangguan ketika waktu tidur sejak akhir-akhir ini.
“Kebelakangan ini, dalam masa sebulan saya kerap diganggu waktu tidur. Benda pelik yang terjadi, contohnya saya mimpi terjatuh dari bangunan penuh dengan ayat-ayat al-Quran.
“Yang saya kongsi kena cakar itu, saya mimpi ada satu lembaga hitam besar, macam monyet sebab badan berbulu. Dalam mimpi itu lembaga tu tampar saya.
“Saya terkejut dan rasa sakit. Bila bangun dari tidur, saya tengok leher, ada darah yang masih baru dan saya rasa pedih. Pelik, takkan saya garu sendiri, kuku pun tak ada,” katanya kepada Gempak.
Terdahulu, berkongsi kisah misteri bersama peminat di media sosial mengenai dirinya yang bermimpi dihampiri ‘benda hitam’ yang datang menamparnya.
Menerusi Instastory Mas Khan turut berkongsi foto memperlihatkan lehernya luka akibat kesan cakaran.
Bagaimanapun, Mas Khan menjelaskan perkongsian itu bertujuan untuk meminta pandangan netizen berhubung perkara mistik yang terjadi pada dirinya.
“Saya post dekat IG sebab nak minta pandangan orang… sebab saya pun bukanlah pandai sangat bab ini. Ramai yang minta saya pergi berubat dengan ustaz.
“Saya tidaklah terlalu percaya perkara-perkara begini tapi ni salah satu cara untuk ikhtiar. Jadi, saya ada la pergi berubat dengan ustaz,” ujarnya.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live