“Mimpi Jadi Kenyataan” - Khloe Kardashian Umum Hamil

Rozaimi Zubaidi
Disember 23, 2017 03:59 MYT
Adik kepada Kim Kardashian, Khloe Kardashian mengakui bahawa dirinya kini sedang hamil.
Menerusi sebuah entri di Instagram (IG), Khloe Kardashian telah berkongsi sekeping gambar memperlihatkan sebahagian perutnya yang semakin membesar.
"Mimpi telah menjadi kenyataan! Saya sentiasa berdoa dan menanti untuk dikurniakan cahaya mata dan Tuhan adalah sebaik perancang.
"Saya perlu bersabar dan percaya kepada Tuhan. Namun saya masih lagi tidak percaya dengan kebahagiaan yang dikecapi pada masa ini.
"Terima kasih kerana menyayangiku dan melayan saya seperti seorang puteri serta membuat saya rasa cantik pada setiap masa.
"Terima kasih menjadikan pengalaman ini satu keajaiban yang tidak pernah saya bayangkan," tulisnya.
Dalam pada itu, rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada Khloe Kardashian dan pasangannya Tristan Thompson diatas berita gembira ini.
#Kim Kardashian #Khloe Kardashian