Personaliti sosial media Khairul Aming tidak percaya apabila akaun Instagramnya telah menerima pengiktirafan ‘verified’.

Menerusi laman sosial tersebut, Khairul atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman berkongsi foto berita gembira itu untuk tatapan umum.

“Betul ke dah dapat blue tick ni? Adakah saya bermimpi?” tulis Khairul menerusi ruangan kapsyen.

Betul ke dh dapat blue tick ni? am i dreaming ??

A post shared by Khairul Amin Kamarulzaman (@khairulaming) on

Menerusi perkongsian itu lagi, tertera pemberitahuan daripada pihak Instagram yang menyatakan akaunnya telah disahkan.

Akaun yang telah menerima tanda biru ‘verified’ memberi maksud akaun seseorang personaliti, selebriti, figura umum ataupun duta sesuatu jenama itu asli dan disahkan oleh pihak Instagram.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya memberikan ucapan tahniah kepada influencer memasak tersebut.

Malah, ramai yang menuntut Khairul untuk menerbitkan lebih banyak video-video masakan selepas ini.

“Akhirnyaaa, setelah lama menunggu, tahniah bro,” komen seorang wargamaya.

“Tahniah! Tolong letak sari kata dalam bahasa Ingerris dalam video resipi awak, saya peminat antarabangsa awak, resipi awak sangat bagus,” kata seorang wargamaya.

“Wow tahniah! Hiburkan kitorang dengan video masakan kau lagi,” pinta seorang wargamaya.

“Congrats, harap makin rajin buat video memasak,” ujar seorang wargamaya.

“Awak tak bermimpi, selayaknya dapat. Tahniah,” puji seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 230,000 tanda suka daripada warga Instagram dan Khairul telah berjaya mengumpul seramai 2.6 juta pengikut.