Isteri pelawak dan penyampai radio ERA, Fad Bocey, Nur Syahira A.Rahman mengambil keputusan untuk berhijrah selepas bermimpi dirinya meninggal dunia.

Menurut Syahirah atau lebih dikenali dengan panggilan Syeera, mimpi tersebut seolah-olah petanda untuk membuatkan dirinya berhijrah ke arah yang lebih baik.

Syeera berkongsi coretannya menerusi entri terbaru di akaun Instagram miliknya hari ini.


Kata Syeera, entri itu bukanlah dilakukan dengan niat menunjuk sebaliknya mahu berkongsi sebahagian daripada penyebab penghijrahannya.

“Bermula episod baru, tak la niat tulis untuk tunjuk baik tapi sekadar nak berkongsi. Sebenarnya niat dah lama dan dah lama saya kumpul tudung tapi biasala iman kita turun naik, kadang tengok orang cantiknya bertudung.

“Tapi bila pakai rasa mcm tak yakin. MashaAllah bukan mudah istiqamah tu tapi satu masa tu hampir setiap hari saya selalu dalam keadaan resah. Kalau ke mana-mana mesti otak fikir kalau eksiden mati macam mana.

“Sampaikan setiap hari mimpi kiamat, mimpi family satu-satu tinggalkan saya. Saya selalu cerita dengan Fad saya mimpi buruk tapi without no reaction from him saya jadi tertanya-tanya kenapa rasa ni buatkan saya resah tak berhenti fkir.

“Sampai la satu hari tu saya dapat satu mimpi yang memang saya takut untuk terima. Saya mimpi saya mati tinggalkan anak-anak.

“Bila bangun rasa sedih rasa sayu sebab kita yang setiap pagi mandikan anak-anak, siapkan anak-anak pergi school, hantar school, balik masak untuk anak suami dan pastikan semuanya kenyang dan tak lapar.


“Tapi kalau saya takda nanti siapa yang akan buatkan semua tu (jangan berani nak kahwin lain) anak-anak siapa yang akan uruskan, takut sangat walhal jalan yang Allah tulis kita kena redha terima semuanya.

“Lama saya cari apa sebenarnya yang Allah nak tunjukkan, pernah dekat satu tempat tu saya masuk dalam keadaan aurat tak sempurna untuk solat dan banyak mata yang pandang pelik tapi abaikan sebab Allah tau niat kita.

“Lepas solat saya akan baca Al-Quran yang ada terjemahan supaya saya dapat cari apa yang kurang dalam diri. Saya selalu refer kawan-kawan salah seorangnya @syashamsul.


“Dia selalu cakap slow- slow, bukannya nak cakap pakai tudung ni kita dah jadi cukup baik cukup sempurna tapi bila kita bertudung moga kita ke arah yang lebih baik.

“Tak ada satu pun manusia sempurna tapi kita cuba la untuk cari kesempurnaan tu. Tak ada paksaan dari suami tapi kenapa kita sebagai isteri tak boleh korbankan benda tu.

“Satu ceramah yang saya dengar dari youtube, tidak akan cium bau syurga bagi seorang wanita yang tidak menutup auratnya. Saya masih belajar dan belum sempurna menutup aurat. Moga ada yang dapat bimbing saya,” coretnya.

Bermula episod baru ,tak la niat tulis utk tunjuk baik tapi sekadar nak berkongsi .sebenarnya niat dah lama .dan dah lama sy kumpul tudung .tapi biasala iman kita turun naik ,kadang tengok org cantiknya bertudung .tapi bila pakai rasa mcm tk yakin .mashaAllah bukan mudah istiqamah tu .tapi satu masa tu hampir setiap hari ,sy selalu dlm keadaan resah .klu kemana mana mesti otak pikir klu eksiden mati mcm mna .sampaikan setiap hari mimpi kiamat .mimpi family satu satu tinggalkan sy .sy selalu crita dgn fad sy mimpi buruk tapi without no reaction from him sy jdi trtanya tanya kenapa rsa ni buatkan sy resah tk brhenti pkir .sampai la satu hari tu sy dpt satu mimpi yg mmg sy tkot utk terima .sy mimpi sy mati tinggalkan anak2 .bila bangun rasa sedih rasa sayu .sebab kita yg setiap pagi mandikan anak2 ,siapkn anak2 pegi school ,hantar school ,balik masak utk anak suami dan pastikan semuanya kenyang dan tk lapar .tapi klu sy tkda nt sapa yg akan buatkan semua tu(jgn berani nak kahwin lain) .anak2 sapa yg akan uruskan .takut sgt walhal jalan yg Allah tulis kita kena redha terima semuanya .lama sy cri apa sebenarnya yg Allah nk tunjukkan .pernah dkt satu tmpt tu sy msuk dlm keadaan aurat tk sempurna utk solat ,dan banyak mata yg pandang pelik .tapi abaikan sbb Allah tau niat kita .lepas solat sy akan baca alquran yg ada terjemahan supaya sy dpt cri apa yg kurang dlm diri .sy selalu refer kwn2 .salah sorangnya @syashamsul .dia slalu ckp slow slow .bukannya nk ckp pakai tudung ni kita dh jdi ckup baik ckup sempurna tapi bila kita bertudung moga kita kearah yg lebih baik .takda satu pun manusia sempurna tapi kita cuba la utk cari kesempurnaan tu .takda paksaan dri suami tpi kenapa kita sbg isteri tk boleh korbankan benda tu .satu ceramah yg sy dgr dri youtube ,tidak akan cium bau syurga bagi seorang wanita yg tidak menutup auratnya .sy masih belajar dan belum sempurna menutup aurat .moga ada yg dpt bimbing sy .ramai sgt yg dm yg whatsapp ,semuanya bgi semangat .tktau nak ckp rasa tu mcm ramainya yg syg kita sebenarnya .19 jan hari first sy bertudung sepenuhnya .satu rasa yg tktau nk gmbrkan tapi hati tu rasa lapang .rasa luas .rasa lega .doakan sy terus istiqamah ❤️

A post shared by FAD & SYAHEERA (@fadbocey) on

Menerusi coretan itu juga, Syeera berharap pengikut Instagramnya mendoakan agar dirinya sentiasa istiqomah dengan penghijrahan yang dilakukan.

“Ramai sangat yang DM, yang whatsapp, semuanya bagi semangat. Takk tahu nak cakap rasa tu macam ramainya yang sayang kita sebenarnya.

“19 Jan hari first saya bertudung sepenuhnya. Satu rasa yang tak tahu nak gambarkan tapi hati tu rasa lapang, rasa luas, rasa lega. Doakan saya terus istiqamah,” tulisnya.


Fad dan Syeera telah mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2015.

Fad atau nama sebenarnya Fadzlie Nizam, 28, dikurniakan cahaya mata kembar lelaki, Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan, 4, dan anak perempuan, Nur Aminah Mishall yang dilahrikan pada 19 November 2017.

Foto: Instagram @fadbocey