Laman Utama

Min Yasmin Sambut Aidilfitri Di Filipina - "Sedih Sebab Pertama Kali Tak Dapat Beraya Dengan Mak ..."

gempak
Amri Hassan
03/05/2022
03:50 MYT
Sponsor Banner
Min Yasmin Sambut Aidilfitri Di Filipina - "Sedih Sebab Pertama Kali Tak Dapat Beraya Dengan Mak ..."
Penyanyi Min Yasmin akui sedih apabila terpaksa meraikan sambutan Syawal tahun ini di Tawi-Tawi, Filipina ekoran tuntutan kerja.
Kata Min, dia yang sudah bertolak ke negara itu sejak 26 April lalu bersama suami, Julfekar akan berada di sana selama 29 hari sempena kempen pilihan raya negara itu.
"Alhamdulillah, selepas dua tahun tidak boleh ke luar negara, tahun ini rezeki saya dapat kembali ke Filipina. Seperti semua tahu, Tawi-Tawi ibarat rumah kedua saya kerana sering ulang alik membuat persembahan selain pernah mengadakan konsert.
"Kali ini, saya dijemput untuk membuat persembahan di beberapa lokasi sempena kempen pilihan raya Filipina. Satu penghormatan buat saya daripada pihak kerajaan di sini. Bagi saya, ini satu lagi peluang keemasan selain dapat melepas rindu dengan seluruh peminat di sini," katanya.
Melanjutkan bicara, Min memaklumkan ini merupakan pengalaman sulung dia berhari raya di perantauan.
"Apabila mendapat tawaran ini, tentu saja saya dan suami berbincang. Apatah lagi tarikh penerbangan kami kurang seminggu lagi untuk menyambut hari raya.
"Namun, apabila difikir semula tawaran ini bukan selalu datang. Jadi, saya dan suami bersetuju. Memandangkan kami pergi berdua, jadi tidaklah saya berkeseorangan menyambut raya. Ditemani suami juga satu rahmat biarpun tak dapat bersama keluarga lain.
"Nak kata sedih, memanglah sedih sebab kali pertama tak dapat beraya dengan mak, adik beradik dan keluarga. Tentu saja paling dirindukan adalah juadah pada pagi raya," tambahnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live