Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Minah Saleh Buat Onar Di KLCC Akhirnya Dikompaun Atas 2 Kesalahan Termasuklah…

Hanafis Haris
31/10/2021 08:19 MYT

Selepas melakukan kekecohan di beberapa lokasi, wanita warga asing yang enggan memakai pelitup muka akhirnya dikompaun pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, wanita berkenaan dikompaun RM3,000 atas dua kesalahan.

Menurutnya, kompaun tersebut dikeluarkan mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) 2021.

"Dua kompaun dikeluarkan ke atas individu terbabit yang mana setiap satu kesalahan berjumlah RM1,500.

"Kesalahan pertama ialah tidak mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan apabila gagal mendaftar masuk ke premis menggunakan aplikasi MySejahtera di kawasan capaian Internet yang luas,” katanya menerusi Harian Metro.

Tambahnya, kesalahan kedua pula ialah tidak mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan apabila gagal memakai pelitup muka ketika berada di dalam premis.

Terdahulu, polis dilaporkan memanggil seorang wanita warga asing untuk dirakam keterangan susulan satu klip video yang menimbulkan kekecohan ramai.

Menerusi video itu wanita tersebut enggan memakai pelitup muka ketika memasuki sebuah butik di KLCC dan juga pusat beli belah di Bangsar.

BACA: Minah Saleh Buat Onar Di KLCC, Bangsar Sudah Dikenal Pasti Pihak Berkuasa, Bakal Dipanggil Memberikan Keterangan

#Mask #Kompaun #Karen
;