HIBURAN
“Mindset Kolot Suka Pukul Anak” - Neelofa
Usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila tampil menyuarakan pendapat mengenai isu keibubapaan yang kini hangat dibincangkan di media sosial.
Neelofa Tegas Bab Parenting
Menerusi muat naik di Insta Stories, Neelofa berkongsi semula hantaran seorang guru parenting yang menyuarakan kebimbangan terhadap tindakan sesetengah ibu bapa yang memilih untuk merotan anak-anak kecil sebagai kaedah mendidik.
Dalam perkongsiannya itu, Neelofa bersetuju dengan pandangan bahawa merotan atau memukul anak pada usia kecil boleh memberikan kesan buruk terhadap tumbesaran dan perkembangan emosi anak.
Pukul Anak Pemikiran Kolot Ibu Bapa
Malah, ibu kepada dua cahaya mata itu turut menyifatkan ibu bapa yang naik tangan kepada anak-anak mempunyai pemikiran yang kolot.
“Otak anak boleh rosak, emosi anak rosak dan perkembangan anak boleh terbantut!
“Mindset kolot suka pukul anak,” tulis Neelofa tegas.
Guru parenting yang dipetik Neelofa dalam video tersebut menjelaskan bahawa tindakan memukul anak bukanlah satu tindakan yang bijak kerana ia memberi kesan segera kepada otak, emosi dan perkembangan akan terbantut.