Laman Utama

Minggu Dugaan Perkahwinan, Hati Yang Dikhianati Terus Mendebarkan!

gempak
Gempak
07/12/2021
07:29 MYT
Sponsor Banner
Minggu Dugaan Perkahwinan, Hati Yang Dikhianati Terus Mendebarkan!
Hati Yang Dikhianati minggu lalu penuh dengan lara dan drama, bukan? Takkan Maria betul-betul akan makan bersama keluarganya dan berdepan dengan Elyas?
Iskandar pula semakin keliru tak tahu apa yang berlaku. Baby pula kenapa makin berani ni? Jom kita recap apa yang berlaku pada keluarga kegemaran ramai ni minggu lepas.
1) Dr Aman dan Lisa
Apa yang Doktor Aman bagi pada Lisa tu? Tak cukup ke isteri dia dah cemburu dengan si Lisa tu?
2) Baby & Syafiq
Eh Syafiq dah muncul? Kenapa dia muncul? Eh syafiq nak buat apa tu? Jangan jadi gila eh! Iskandar nampak susah kau! Eh censored!
3) Syaz, Imran and Adam
Imran nampak marah betul dengan Syaz depan boss dia ni, ke dia nak cari gaduh dengan adam sendiri? Jangan Imran, itu boss Syaz tu! Dah la kau tu takde kerja, nanti Syaz pun hilang kerja, susah korang! Banyak betul dugaan suami/isteri dikacau.
4) Lisa, Elyas dan Maria
Maria memang berani datang makan malam sekali dengan keluarga Elyas sekali pula tu. Elyas tak takut ke? Apa nak jadi ni? Kalau pecah tembelang kat sini? Siapa nak tanggung? Apa akan jadi kalau Iskandar tahu anak dalam perut Maria tu ialah….
Tapi yang paling patah hati bila tengok senyuman ikhlas Lisa ni… dia tak tahu ke? Banyaknya dugaan perkahwinan, kasihannya.
Apa-apa pun pastikan korang tonton drama Hati Yang Dikhianati di Tiara pukul 6 petang, setiap Isnin hingga Jumaat di Astro Prima saluran 105. Hati Yang Dikhianati juga boleh ditonton di Astro Go dan On-Demand.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live