Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) kembali buat tahun yang ketujuh bagi meraikan industri fesyen tanah air.

KLFW 2019 bakal menampilkan lebih 80 pereka fesyen berbakat yang sudah tentu akan menonjolkan kreativiti mereka ketika pementasan di acara ini.

Antara pereka fesyen terkenal yang bakal mempertaruhkan koleksi terbaru mereka adalah Rizman Ruzaini, Hatta Dolmat, Fizi Woo, Alia Bastamam dan ramai lagi.

Lebih menarik lagi tahun ini, KLFW 2019 telah mengumumkan Gempak TV, HLive dan Astro Ria sebagai rakan penyiar rasmi bagi acara gilang gemilang tersebut.

KLFW 2019 bakal berlangsung pada 21 hingga 25 Ogos ini, kepada pencinta fesyen tempatan, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pementasan fesyen dan momen menarik sepanjang acara ini di platform Gempak tidak lama lagi!