Pengarah drama bersiri Nur 2, Shahrulezad Mohameddin mendedahkan senarai penyanyi dan komposer yang terbabit untuk runut bunyi drama tersebut.

Menerusi kemas kini akaun Facebook peribadinya, Indah Ruhaila, Marsha, Megat Mentor, Amylea dan Roman antara barisan artis yang terbabit dalam pembikinan mini album itu.

"Introduce guy. Barisan penyanyi yang akan memeriahkan OST utk Nur2 kali ini.

"Ada Megat Mentor, Indah Ruhaila, Marsha, Amylea, Roman. Apa yang abang boleh katakan ada lima lagu baru yang dibuat khas untuk drama Nur2 kali ni yang dihasilkan dari air tangan Amylea Azizan dan Farouk Abdul Razak selaku komposer dan penulisnya.

"Pertama kali abam dengar kelima-lima lagu ni abam terus jatuh hati dan goosebumps.
"Hmmm...tak sabar nak kasik korang dengar sama. Just tunggu ajer kemunculan mini album OST Nur2 ni guys," tulisnya.


Shahrulezad juga memaklumkan single terbaharu Amylea dan Megat Mentor berjudul Tetap Kamu merupakan kesinambungan daripada lagu epik Tak Pernah Hilang (Amylea ft Kaer Azami).

Menerusi platform media sosial Twitter Indah Ruhaila juga, penyanyi itu telah memuat naik teaser lagu berjudul Pudar yang telah mendapat reaksi positif daripada peminatnya.

Drama Nur 2 membariskan pelakon hebat Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Noorkhiriah, Fatimah Abu Bakar dan ramai lagi.

Nur 2 akan disiarkan pada pertengahan Mac depan.