ANTARABANGSA
MINI Paling Brutal, John Cooper Works GP Hadir Di Malaysia Dijual Harga Bermula RM377,470
MINI, jenama automotif premium kompak yang tercanggih di Malaysia meraikan hari lahirnya dengan memperkenalkan MINI John Cooper Works GP terbaharu, iaitu MINI GP yang paling berkuasa tinggi pernah dikeluarkan.
Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl berkata, sepanjang pembabitkan MINI di litar lumba dan jalan raya selama 60 tahun, kejayaannya dalam arena perlumbaan yang menggegarkan industri pada 2006 masih lagi diraikan.

“Hanya 10 unit bakal disediakan di Malaysia, kami ingin melihat MINI John Cooper Works GP ini memahat tanda aras baharu dari segi prestasi dalam segmen kereta kompak premium,” katanya.

MINI John Cooper Works GP ditawarkan secara eksklusif dalam warna metalik Racing Grey, bumbung dan pelitup cermin sisi dalam warna berkontras metalik Melting Silver.

Ia turut diserlahkan melalui jata GP yang digayakan dalam warna matte metalik Rosso Red di seksyen hadapan dan belakang, termasuk di sisi luar spoiler bumbung, skirt sisi dan kemasan ambang pintu.

Jentera terbaharu ini didatangkan sebagai standard dengan set roda tempaan ringan yang bersaiz 18 inci, dengan berat berjumlah kurang daripada sembilan kilogram.

Nombor keluaran dalam lingkungan “0001” hingga “3000” dipaparkan pada permukaan panel arkus roda hadapan menerusi proses pemindahan cat yang baharu.

Must-Watch Video