Laman Utama
Minta Bayaran RM6.7 Juta, Netizen Lancar Kempen Boikot Kareena Kapoor!
Tanda pagar #BoycottKareenaKhan menjadi topik sohor kini di media sosial sejak Sabtu lalu.
Hal itu ekoran tindakan aktres terkenal Bollywood, Kareena Kapoor meletakkan bayaran mahal bernilai Rs120 juta (RM6.7 juta) untuk melakonkan watak Sita dalam filem epik India.
Filem berjudul Alaukik Desai's Sita: The Incarnation merupakan karya K Vijayendra Prasad yang sebelum ini pernah menulis untuk filem francais, Baahubali.
Tawaran watak Sita untuk Kareena dirasakan netizen tidak bersesuaian memandangkan pelakon itu sendiri telah mengahwini Saif Ali Khan yang berlainan agama dalam kehidupan sebenar.
Pada masa sama, Saif Ali terheret dengan kontroversi sensitiviti agama menerusi wataknya dalam drama bersiri Tandav yang disiarkan sejak Januari lalu.
Selain itu, kisah hidup terdahulu Saif Ali yang pernah menceraikan isteri pertamanya, Amrita Singh turut menjadi bualan netizen.
Boikot lebih kencang apabila ada juga yang menyarankan pasangan itu menukarkan nama anak mereka, Taimur, sekiranya Kareena berjaya memegang watak berkenaan.
Oleh yang demikian, ramai yang mencadangkan penerbit filem berkenaan memilih bintang Bollywood lain untuk melakonkan watak berkenaan antaranya Kangana Ranaut atau Yami Gautam.
Must-Watch Video