Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Minta Beli Brokoli, Bawa Balik Cauliflower" - Shera Terima Tugas 'Ketua Keluarga' Dari Zahiril

Badrul Hashim
22/03/2020 20:55 MYT
Peraturan terkini yang menetapkan bahawa hanya ketua keluarga yang dipilih sahaja boleh keluar untuk membeli barangan keperluan mendapat reaksi positif daripada rakyat Malaysia.

Dalam keadaan negara yanag masih bekerja keras melawan virus Covid1 19 daripada terus tersebar, arahan pergerakan terhad yang diambil diharap dapat membendung wabak daripada terus merebak.

Bukan bertujuan untuk menjadikannya bahan jenaka tetapi sebagai hiburan suami isteri, pelakon Zahiril Adzim dan Shera Aiyob masing-masing menaikkan satu entri membabitkan arahan ketua keluarga.

Lazimnya, si suami yang selalu digelar sebagai ketua keluarga. Tetapi apabila melibatkan hal-hal membeli barangan keperluan dapur, lain pula jadinya.

"Betul ke hanya ketua keluarga yang dibenarkan keluar meblei barang dapur seperti sayur, rempah, daun-daun dan lain-lain? Aduhh.

Dengan ini saya melantik Shera Aiyob sebagai ketua keluarga sehingga 31 Maca 2020. Sekian," entri yang dinaikkan oleh Zahiril di Instagram miliknya.



Tambah Zahiril, bukannya tidak mahu bertanggungjawab, tetapi dia bimbang tidak dapat membeli barangan yang betul.

"Bukan tak bertanggungjawab, tapi kalau aku berdiri tegak depan rak sayur 4 jam, siapa nak jawab?" seluruh Zahiril.

Entri tersebut turut mendapat jawapan isterinya, Shera Aiyob yang turut menaikkan satu entri di Instagramnya.

"Disebabkan sebelum ini telah berlaku kejadian kita minta beli brokoli tapi dia bawa balik cauliflower, dan beberapa kejadian lain, jadi dengan ini saya terima lantikan sebagai ketua keluarga sehingga 31 Mac 2020 ini ya, Zahiril.

"Ini juga bertujuan untuk mengelakkan membaziran wang sekiranya ketua keluarga sebenar Zahiril Adzim asyik beli barang yang salah dan tidak diperlukan," seloroh Shera pula.

Nasib baiklah beli groceries ni memang theraphy untuk aku. Tapi kita nak suruh @zahiriladzim buat apa pula eh ?

A post shared by Shera Aiyob (@sheraaiyob) on


Arahan terkini yang dikeluarkan adalah untuk mengelakkan terlalu ramai orang keluar memberi barangan keperluan. Untuk mengurangkan jumlah, arahan agar hanya ketua keluarga dibenarkan untuk membeli barangan yang diperlukan untuk keluarga dikeluarkan.
#Zahiril Adzim #Shera Aiyob
;