Pelakon Faye Kusairi tampil menjawab keluhan Elly Mazlein berhubung dakwaan bekas suami, Azmi Hatta, cuba memenjarakan penyanyi itu.

Baca: "Mahkamah Tolak Tuntutan Azmi Hata Untuk Penjarakan Saya" - Didakwa Jadi Ibu Tak Bertanggungjawab, Elly Mazlein Menangis Sebak

Menjelaskan perkara terbabit, cabar Faye, sekiranya benar tuduhan terbabit, dia meminta agar pihak terbabit tampil mengemukakan bukti yang sah.

"Setahu sayalah, kes yang difailkan bukan pasal nak penjarakan dia.

"Kes yang difailkan atas kesalahan dia langgar perintah mahkamah. Fakta kena betul.

"Minta dia tunjuk bukti kata suami saya nak penjarakan dia. Hal mahkamah jangan diputar belitkan.

"Tak ada siapa nak pisahkan dia dgn anak atau penjarakan dia, mintalah dia tunjukkan bukti kalau betullah suami saya nak penjarakan dia," tulis Faye menjawab persoalan yang ditanya netizen.



Tindakan Faye bangkit mempertahankan hak suaminya itu mengundang komen netizen yang mengungkit kisah 'perampas suami orang'.

"Memanglah tak mengaku. Memang saya tak kacau laki orang. Lainlah orang tu...

"Dahlah kacau laki orang sampai laki orang tu bercerai. Dah tu kacau lagi bekas bini orang tu.

"Periksa fakta dulu sebelum suka-suka hentam orang. Banyak bukti dalam poket saya," tambah Faye.



Awal minggu ini, Elly menerusi akaun Instagramnya merakamkan sepotong video meluahkan rasa lega apabila mahkamah menolak tuntutan Azmi Hatta untuk penjarakannya.

Elly dan Azmi telah mendirikan rumah tangga pada November 2014 namun bercerai pada Oktober 2015.

Azmi kemudiannya berkahwin dengan Faye pada April 2017.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @fayekusairi