Hiburan
"Minta Gambar, Jemput Pun Tak" - Nourul Terkesan Stesen TV Layan Acuh Tak Acuh!
Penyanyi Nourul Depp meluahkan rasa kesal terhadap stesen televisyen tempatan yang memberikan layanan sambil lewa terhadapnya.
Dedah Nourul, dia dihubungi oleh pihak produksi stesen televisyen berkenaan untuk mendapatkan bahan visual ketika kemenangan lagunya suatu ketika dahulu namun tidak menjemputnya hadir ke sebuah acara hiburan yang baru berlangsung baru-baru ini.
"Nak tahu cerita tak? Stesen TV mesej minta gambar nak buat tribute.
"Buat tribute nak minta gambar siapa support dari belakang masa kami menang dulu.
"Minta gambar, jemput pun tak. Tapi depa tak jadi nak buat flashback itu. Saya tahu kenapa.
"Adab tu penting. Memang kalau jemput pun kami tak boleh pergi. Tapi sekurang-kurangnya kita tahulah depa beradab dan ingatkan na. Kita pernah mewarnai program depa," luahnya menerusi akaun Twitter malam tadi.
Nourul turut terkilan apabila nama Instagramnya tidak disebut dalam salah satu video throwback nyanyiannya bersama bekas suami, Ajai beberapa minggu lalu.Nak tau cerita dak? ? tv3 mesej mintak gambaq nak buat tribute. buat tribute nak mintak gambaq sapa support dari belakang masa kami menang AJL dulu. Mintak gambaq, jemput pun dak. Tapi depa tak jadi nak buat flashback tu. I know why Hahahaha #sajanakkata— Nourul Wahab Depp (@NurulWHB) February 9, 2020
"Depa letak video kami nyanyi duet dulu kat IG tak mention pun nama kami. Rasa macam kami dah mati pula," tambahnya berserta tanda pagar #sajanakkata.
Nourul pernah memenangi beberapa pertandingan nyanyian sebelum ini termasuk Anugerah Juara Lagu ke-17 (2002) menerusi lagu Keliru.
Must-Watch Video