Sepotong video lagu yang dicantum menyaksikan aksi penyanyi Billie Eilish menyebutkan perkataan yang dinilai bersifat rasis tersebar di media sosial menjadikan namanya menjadi bualan.
Dalam video yang menjadi tular di platform Tik Tok awal bulan ini, pemenang anugerah Grammy tersebut dilihat sedang menyebut perkataan yang dikatakan mencela dan berbaur rasis, terutama kepada masyarakat berketurunan China.
Saat itu dia menyanyikan lagu milik Tyler The Creator berjudul Fish yang diterbitkan pada tahun 2011.
Tidak mahu terus disalah erti, Eilish pantas mengeluarkan kenyataan.
Menerusi Instagramnya, Eilish tidak menafikan telah menyebut perkataan yang kurang menyenangkan disifatkan rasis bagi orang Asia.
Namun dia mengaku tidak mengetahui maksud di sebalik perkataan yang disebut dan berasa malu setelah mengetahuinya.
"Pada perlu menjelaskan hal ini kerana telah dilabel dengan perkara yang tidak melambangkan diri saya.
"Video yang diedit ini dibuat masa saya 14 tahun. Pada saat itu saya tidak mengerti maksud perkataandalam lagu ini yang menyentuh dan sensitif kepada komuniti Asia.
"Saya terkejut dan malu. Saya ingin muntah selepas mengucapkan perkataan itu," katanya seperti dilaporkan CNN.
Tambah Eilish, 19, dia hanya menggunakan perkataan tersebut di lagu dalam video tersebut dan tidak pernah menggunakannya kepada keluarga atau orang sekeliling.
"Saya hanya menggunakan perkataan ini sekali saja di dalam lagu ini dan tidak pernah menggunakannya lagi.
"Saya meminta maaf kerana tidak bersikap prihatin. Saya tahu kenyataannya tetap salah dan menyakitkan orang lain. Saya sangat minta maaf," tulisnya lagi.
Foto: Getty Images
Maliah Surip
Wed Jun 23 2021


Farid Kamil Akhirnya Jumpa Anak? Bawa Pergi Masjid, Puji Muhammad Berpuasa –“Jangan Kita Biarkan Kezaliman…
Farid Kamil luang masa dengan anak di masjid

Sherie Merlis Kesal Dengan Berita Dia Meninggal Dunia - "Ia Bukan Sekadar Buat Keluarga Dukacita & Terkejut Malah..."
Berita Sherie Merlis meninggal dunia tak benar

Daiyan Trisha Sekali Lagi Tunai Umrah Di Bulan Ramadan - "Tak Sabar Nak Jumpa Cinta Hati"
Alhamdulilah manisnya Daiyan

"Saya Siap Bayar Lebih"- Serah Bukti Ketidakmampuan Kepada Mahkamah, Sam Bunkface Bidas Kenyataan Bekas Isteri Termasuk Isu Mengabaikan Anak
Sam Bunkface Bidas Kenyataan Bekas Isteri Termasuk Isu Mengabaikan Anak

Amelia Henderson Tetap Dengan Prinsip Diri Jika Masuk Miss Universe - "Kalau Pakai Bikini, Saya...."
Jom sokong Amelia

Tiada Sempadan Lontaran Suara! Aru Peruzza, Radhi OAG & Fathul Spiral Kinetic Circus Reunion Dalam Pekik
Best!

Isteri ND Lala Dedah Wajah Seorang Wanita Dengan Gelaran Penyondol
Siapa penyondol itu?

Filem Gold Angkat Kisah Kejayaan Jaguh Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Cheah Like Hou!
Filem berdasarkan kisah benar

"Kami Dah Get Back Together"- Cinta Aedy Ashraf & Amelia Henderson Bertaut Kembali
Cinta Aedy Ashraf & Amelia Henderson Bertaut Kembali

Masih Adakah Cinta? Ini #Throwback Momen Manis Farid Kamil & Diana Danielle
Mereka pernah jadi pasangan yang sweet