Pelakon cantik, Mira Filzah telah selamat berangkat ke tanah suci, Mekah semalam.

Menerusi perkongsian di entri terbaru akaun Instagram (IG), Mira mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua dan meminta peminatnya supaya mendoakan agar segala urusan dipermudahkan.

“InshaAllah sekejap sahaja lagi Mira akan berangkat ke Mekah. Mira minta maaf pada semua kalau ada salah dan silap. Doakan Mira selamat pergi dan selamat pulang ya?” tulisnya semalam.

Menerusi gambar yang dikongsikan itu, rata-rata peminat mendoakan Mira sentiasa diberikan kesihatan yang baik selain mendoakan agar perjalanan ibadahnya berjalan lancar.

“Selamat jalan dan selamat kembali dengan selamat dan selamat menunaikan ibadah Umrah semoga ALLAH permudahkan segalanya dan semoga mendapat Umrah yang mabrur… Amin” komen @nurdiah78

“Selamat menunaikan ibadah umrah dan semoga beroleh umrah yang mabrur. Selamat pergi dan balik. Doakan untuk kesihatan dan kebahgiaan kak sekeluarga,” tulis @hjhzaidahzainal

Foto: Instagram @mfmirafilzah