Laman Utama
“Minta Maaf Kalau Tweet Menyinggung Perasaan, Dengan Ikhlas Saya Bertanya Pasal ATM…” – Harith Iskander
Pelawak dan pengacara Harith Iskander memohon maaf sekiranya ciapan yang dibuat sebelum ini menyinggung perasaan ramai.
Selain memohon maaf, Harith turut memberi penjelasan mengapa dia bertanya tentang keberadaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika menjalankan kerja-kerja menyelamat di beberapa kawasan.
“Minta maaf kalau tweet menyinggung perasaan. Untuk penjelasan ini waktu saya berada di "ground zero" dengan bot sendiri sempat menyelamat 12 orang yang terperangkap.
“Bomba, Polis, NADMA ada. Dengan iklhas saya tanya pasal ATM sebab pada waktu itu kekurangan anggota dan kenderaan,” ciap Harith.
Sebelum itu Harith dalam satu hantaran di Facebook mendakwa sepanjang empat hari beliau di kawasan terjejas banjir di Shah Alam, Banting dan Hulu Langat, dia tidak melihat anggota ATM.Minta maaf kalau tweet menyinggung perasaan. Untuk penjelasan ini wakt saya berada di "ground zero" dgn bot sendiri sempat menyelamat 12 org yg terperangkap. Bomba, Polis, NADMA ada. Dgn iklhas saya tanya pasal ATM sebab pada waktu itu kekurangan anggota dan kenderaan https://t.co/cw3Da7aUfB— Harith Iskander (@HarithIskander) December 24, 2021
Kenyataan Harith Iskander di media sosial itu yang seolah-olah mempersoalkan peranan ATM membantu mangsa banjir itu, menerima pelbagai reaksi termasuk maklum balas dari pihak tentera.
Susulan itu, warganet turut menggesa Harith memohon maaf kepada ATM kerana kenyataan dibuat kurang tepat.
Must-Watch Video