Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Minta Maaf La Bonda Against Mainstream": Prof Muhaya Mohon Maaf Lepas Dikritik Suruh Pesakit Anxiety Berhenti Makan Ubat

Zulaikha Yusof
21/01/2021 03:20 MYT
Nama Datuk Profesor Dr Muhaya Mohamad tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia.

Baru-baru ini, pakar bedah mata itu mendapat perhatian wargamaya selepas memuat naik sebuah video yang berkaitan dengan masalah anxiety.

"Apa beza takut dengan anxiety? Semalam bonda (Prof Muhaya) periksa mata pesakit, 'prof sebenarnya saya anxiety'. Saya makan ubat.

"Minta maaf la bonda against mainstream, berhenti makan ubat. Jangan percaya," katanya.

Kenyataan Prof Muhaya itu telah mendapat tentangan dalam kalangan pengikutnya.

Rata-rata warganet memohon agar Prof Muhaya tidak memukul rata kerana tidak semua pesakit anxiety mengalami situasi yang sama.

Malah, ada segelintir netizen berpendapat agar Prof Muhaya tidak mengulas perkara yang bukan dalam bidangnya kerana dilihat agak bercanggah.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Walaubagaimanapun, video yang dimuat naik di Instagram (IG) itu telah dipadam selepas mencetus kontroversi.

Hari ini, Prof Muhaya tampil memohon maaf secara siaran langsung (live) kepada semua pihak yang terlibat dalam merawat mental pesakit.

"Secara siaran langsung, Bonda nak minta maaf kepada sesiapa yang terlibat dalam rawatan mental pesakit secara profesional. Mungkin kenyataan Bonda itu a bit generalized.

"Saya pakar mata tapi saya komen tentang bahagian jiwa. Itu adalah kesilapan saya, saya minta maaf secara peribadi. Mungkin video itu bonda ada sifat terlampau yakin, sombong agaknya, pandai sangat, bajet bagus, maaf.

"Bonda suka sangat ini terjadi sebab kita boleh praktik apa yang kita ajar selama ni. Bila perkara ini terjadi, ada tiga perkara kita kena buat. Bertaubat, minta maaf dan memaafkan," katanya.

A post shared by Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad (@profmuhayaofficial)




Twitter: @akif_basri, @DrRozanizam​, @FarisNazrin18 & @arlinabanana

#Anxiety #Prof Muhaya #Pesakit
;