Laman Utama
“Minta Maaf Tak Dapat Jemput Semua” - Haqiem Rusli Kongsi Persiapan Majlis, Jemputan Terhad Patuh SOP
Penyanyi, Haqiem Rusli memohon maaf kerana tidak dapat menjemput semua kenalan menghadiri majlis pernikahannya yang akan berlangsung hari ini.
Menurut Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli, 23, dia terpaksa mengehadkan jumlah tetamu kerana mematuhi SOP yang ditetapkan.
Haqiem memaklumlan perkara itu menerusi satu hantaran baru di ruangan Insta Story miliknya.
“Saya nak minta maaf jika ada rakan-rakan yang tak dapat saya jemput untuk majlis. Atas sebab jemputan kami sangat terhad dan SOP yang sangat ketat.
“Sebab itu kami tak dapat jemput semua dan kami lebihkan keluarga dan saudara mara. Terima kasih, doakan yang baik-baik sahaja,” maklumnya.
Dalam pada itu, Haqiem juga turut berkongsi persiapan pernikahannya yang rata-ratanya bertemakan rona putih.
Terdahulu, Haqim telah mengejutkan peminat dengan mengumumkan bakal bernikah pada 19 November ketika siaran langsung Anugera Bintang Popular ke-34 (ABPBH34) pada Ahad lalu.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Must-Watch Video