Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

“Minta Tolong Cari Dua Couple Haram Tak Guna Ni” - Riena Diana Bengang! Duit & Gelang Ibu Saudara Dicuri

Mya Amri
24/10/2024 10:32 MYT
Pelakon, Riena Diana geram apabila gelang emas milik ibu saudaranya didakwa dicuri ketika sedang membeli belah.

Gelang emas dan duit dicuri

Menurut Riena, tidak hanya gelang, pasangan kekasih itu juga turut mencuri wang milik ibu saudaranya.

"Awak kacau keluarga saya bermaksud awak cari masalah dengan saya!

“Kejadian berlaku di Times Square Bukit Bintang. Tolong Riena cari dua orang couple haram tak guna ni penyeluk saku yang curi duit dan gelang Auntie Riena.

“Siapa yang dapat info let me know. Selain duit, ada gelang yang Auntie Riena sayang sangat pemberian dari orang Riena minta tolong semua kalau sesiapa yang kenal, let me know.

“If if u guys are reading this, tampil kedepan dan pulangkan barang tun kita tarik report. Minta jasa baik semua untuk share sampai dapat jumpa pelaku ni. Sebarang pertanyaan boleh contact Dyda - 017 711 4498,” tulisnya.

Selain itu, Riena juga turut berkongsi tangkap layar kamera litar tertutup (CCTV) yang berjaya merakam perbuatan pelaku di media sosial.

Berikut merupakan hantaran Riena berkenaan pencuri tersebut.

A post shared by Riena Diana (@rienadiana_)

#Curi #Pencuri #Gelang Emas #Penyeluk Saku #Riena Diaan
;