Semalam tular mengenai dakwaan kononnya kedatangan Syawal kali ini bakal tiba sehari lebih awal.
Pun begitu Balai Cerap Al-Khawarizmi menyangkal dakwaan kononnya Aidilfitri tahun ini akan disambut sehari lebih awal dan bukannya pada 3 Mei.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada Facebook rasmi agensi di bawah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) itu, Balai Cerap Al-Khawarizmi memaklumkan tangkap layar yang tular itu adalah palsu.
"Kaedah penetapan awal bulan Islam di Malaysia adalah secara imkanurukyah (Rukyah dan Hisab) yang mana Rukyah dilakukan pada petang 29 Ramadan 1443H di lokasi ditetapkan di seluruh Malaysia.
"Hasil keputusan Rukyah akan dilaporkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam 29 Ramadan 1443H dan keputusan kenampakan Hilal akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja," menurut kenyataan berkenaan.
Kenyataan itu juga memaklumkan, sebarang pemakluman awal adalah tidak benar sehingga hasil keputusan Rukyah pada 29 Ramadan 1443H diterima dan selesai dilakukan.
Terdahulu, tular tangkap layar kenyataan kononnya dikeluarkan pihak Balai Cerap Melaka meminta umat Islam bersedia untuk kemungkinan tarikh Syawal tahun ini berubah kepada awal sehari daripada yang tertera di kalendar.
Hal ini kononnya perkiraan syarat kenampakan Hilal tahun ini mengikut format baharu dan umat Islam diminta bersedia sekiranya diumumkan pada 2 Mei.
Sumber: Harian Metro
Gempak
Wed Apr 27 2022
Orang Kaya Dubai Memang Next Level, Angkat Kenderaan Pakai Bot, Main Jet Ski Pasca Banjir
Dunia barangkali melihat banjir yang melumpuhkan bandaraya Dubai sebagai sebuah bencana.
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.
Alyssa Lee Dedah Sikap Amalina Arham Ketika Pertama Kali Jumpa Di Set Drama ‘Khun:Sa’ - “Awak Bukan Hidung Tinggi Tapi…”
Alyssa & Amalina kongsi pengalaman bertemu di set.
Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Bawa Watak Protagonis, Sofia Jane Terima Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Pelakon, Datin Sofia Jane berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi lakonan hebatnya yang membawa watak protagonis (Maryam) di filem Maryam Pagi ke Malam pada Festival Filem Asia ke-21 di Rom, Itali.
Ini Sebab Kenapa Kedudukan Hos Tandas Ini Menerima Pujian Daripada Netizen
Netizen memuji kedudukan hos pada tandas awam ini
Mungkin Saya Bukanlah Orang Yang Baik, Tetapi Paling Tidak Saya 'Tidak Munafik' - Bella Astillah
Pelakon, Bella Astillah mengaku bahawa dirinya bukanlah orang yang baik.
Tok Ram fitness padu macam orang muda | Projek Bapak Bapak S3
Saksikan Travel Lawak Bapak Bapak S3 bermula 18 April 2024, setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
Azira DeFam Tak Sangka Lagu Alamak Raya Sudah Sampai Ke Negara Jepun!
Salah seorang anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tidak menyangka lagu raya pertama mereka yang berjudul Alamak Raya Lagi mendapat sambutan yang hangat.
“Saya Hanya Cuba Untuk Membuatkan Diri Saya Berdiri Semula…” - Senyuman Aliff Aziz Tak Sindir Sesiapa
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz membuka mulut mengenai isu lagu yang dikongsikan menerusi Instagram Story baru-baru ini.