Aktres Nabila Huda tampil menyebelahi pelakon Didie Alias mengenai isu pengguguran nama pada saat akhir daripada membintangi drama televisyen.

Kata Nabila atau lebih mesra dipanggil Abil, dia pernah melalui pengalaman yang sama beberapa tahun yang lepas namun sudah berjaya diatasinya.

Dedah Abil, dia mengenakan bayaran pendahuluan kepada pihak produksi sebelum menerima sebarang tawaran berlakon.

"Sabar mummy, faham perasaan tu. Beberapa tahun yang lalu, selalu jugak Abil kena.

"Tapi now dah okay sebab Abil akan minta bayaran pendahuluan, tak ada dan senyap, good bye je.

"Rasanya sekarang semua pelakon kat Malaysia dah boleh dah mintak bayaran pendahuluan supaya tak ditindas macam ni.

"Mereka tak faham kita ni banyak benda nak kena selesaikan, dah plan duit nak bayar itu ini.

"Mereka tak fikir bila cakap di saat akhir kita kerugian banyak.

"Job lain dah cancel. Mereka tak penah fikir pasal kita. Lepas tu terus guna nama stesen televisyen.

"Ayuh semua kita ramai-ramai mintak booking fees sebelum memulakan satu job tu supaya tak semudah itu mereka nak cancel suka hati.

"Mintak terus RM5,000 bayaran pendahuluan! Ishh geram pulak kita dia buat mummy kita macam ni," tulisnya di ruangan komen Instagram (IG) milik Didie.

Dalam pada itu, Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2019 ini turut tidak berpuas hati dengan isu bayaran bonus selepas berjaya mengutip keuntungan yang tinggi untuk sesebuah filem.

"Yang lagi menyirap, produksi nak buat drama, nak buat filem, cerita kat kita pongpangpongpang, bila deal kata project low budget.

"Tak ada budget ale u*oh! Kalau takda bajet jangan buat filem, jangan buat drama.

"Pastu deal harga tahun 2001! Fed up jugalah.. Dah 2020 masih lagi harga sama macam 10 tahun lepas.

"Yang paling b*bi nya lagi, kau deal filem rendah nak mampus harga telemovie, kata bajet takda, bila filem kau berjaya berjuta-juta mana bonus?

"Yang penat lelah kite berlakon, tidur 3-4 jam, promo bagai nak rak tu percuma je la?

"Takkan nak kena mintak baru nak bagi? Boleh fikir sendiri kot kite ni committed dengan kerja, terima je lah ikhlas berapa bayaran drama atau filem kita sebab we love our job.

"Kita jugalah yang kena telan semua benda pahit tapi di mata orang nampak semua indah.

"Jangan bagi muka dah kat produksi yang asyik mintak belas kasihan kita dengan tak ada bajet!!

"Sebenarnya ada je bajet tapi cut cost untuk kepentingan sendiri. Stupid!" tulisnya lagi.

Terdahulu, Didie bengang apabila terdapat segelintir produksi yang tidak mempunyai bajet namun memberikan tawaran berlakon kepadanya.

BACA: "Saya Bukan Minta Sampai RM5,000 Sejam…" – Didie Alias Mengamuk, ‘Naik Hantu’ Dengan Produksi Tak Ada Bajet!