Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Minum Air Rasa Tomyam” – Netizen Usik Penggunaan Serai Sebagai Straw

Azwa Rahman
16/01/2020 09:55 MYT
Penggunaan serai bagi menggantikan penyedut minuman merupakan salah satu usaha murni untuk mengurangkan penggunaan bahan plastik.

Hasil cadangan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) ini telah digunakan di kafe Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian Kelantan dan bakal diperluaskan ke kafe hospital termasuk kepada pesakit bagi menggantikan straw plastik.

Memetik laporan Harian Metro, Senator KADA, Datuk Husam Musa bersedia membekalkan serai kepada mana-mana pihak yang ingin menyahut saranan itu.

"Tanaman serai mempunyai 27 jenis dan untuk penggunaan sebagai penyedut minuman, serai buluh adalah sesuai.



"Tanamannya juga akan diperbanyakkan iaitu di sepanjang tebing tali air KADA dan dianggarkan lebih 10,000 rumpun sudah ditanam di Kampung Padang Halban," katanya kepada Harian Metro

Hasil tinjauan Gempak di ruangan Twitter, penggunaan serai itu nampaknya telah mengundang usikan para wargamaya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Terdahulu, sesetengah negeri seperti Selangor, Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang telah menghentikan penggunaan straw plastik bermula tahun 2019.
#Plastik #Straw #Serai
;