Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Minum Kopi, Lambat Sarapan Jadi Antara Sebab Mulut Berbau, Fakta Atau Auta?

Maliah Surip
27/07/2023 05:34 MYT
Selain bau badan, nafas yang berbau busuk adalah masalah yang kerap dialami oleh sesiapa pun.

Nafas atau mulut berbau yang tidak menyenangkan seseorang disebut halitosis dalam istilah perubatan. Tapi tahukah anda antara penyebab mulut atau nafas berbau?

Menurut kajian, 90 peratus mulut berbau adalah disebabkan oleh masalah di dalam rongga mulut.

Berikut lima penyebab mengapa nafas berbau busuk dan rasanya selepas membaca artikel ini kita semua boleh menghindari atau belajar menjaga kebersihatan diri dengan lebih baik.

Tidak Gosok Gigi

Sebab utama nafas berbau adalah sikap tidak menjaga kebersihan diri dengan menggosok gigi.

Secara purata, kita disarankan menggosok gigi dua kali sehari iaitu selepas bangun dan sebelum tidur.

Kita juga perlu mengamalkan rutin menjaga kebersihan mulut seperti berkumur selepas makan atau minum.

Namun mulut atau nafas akan berbau sekiranya tidak mengamalkan gosok gigi , lidah dan rongga mulut.

Minum Kopi

Menurut Hello Doktor kopi mempunyai sebatian sulfur yang tinggi, adalah salah satu penyebab nafas berbau.

Selain itu, kafein dalam kopi mengering apabila masuk ke dalam mulut. Apabila mulut tidak menghasilkan air liur yang mencukupi, mulut akan berbau kerana air liur boleh membunuh bakteria di dalam mulut.

Merokok

Tembakau yang terdapat dalam rokok mengandungi sulfur sekaligus boleh menyebabkan mulut berbau.

Merokok juga boleh membuat mulut kering dan kekurangan air liur.

Tambahan lagi, perokok mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat masalah radang gusi.

Masalah Penyakit Hati

Kajian menunjukkan penyakit hati seperti kegagalan fungsi hati dan keradangan hati adalah salah satu sumber penyebab mulut berbau, lapor Berita Harian.

Lambat Sarapan

Selain melewatkan sarapan dikatakan tidak baik untuk kesihatan atau rutin lazim harian, tahukah anda mengapa selepas ini jangan lambat makan pagi?

Ini kerana sarapan pagi boleh membantu merangsang air liur dan menghilangkan bakteri dari mulut.

#Gaya Hidup #Tips #Kopi #Fakta #Sarapan #Mulut Berbau
;